in

Ini Sebab Kenapa Doktor Larang Letak Minyak Gamat Di Kucing

ubat gamat di kucing

Kepada anda yang membela dan menyayangi kucing, sudah pasti anda akan sangat teliti dalam penjagaan kucing tersebut kerana menganggap kucing itu sebagai anak sendiri.

Sudah menjadi kebiasaan untuk kucing-kucing ini suka berkeliaran dan terlibat dalam pergaduhan dengan kucing-kucing lain. Kemudian mereka pulang ke rumah dengan luka-luka di badan. Ada sesetengah pemilik kucing ini tidak mempunyai bajet untuk membawa kucing tersebut ke klinik haiwan.

Jadi mereka menggunakan ubat-ubat yang ada dalam peti simpanan dimana salah satunya adalah minyak gamat yang dapat menyembuhkan luka pada kulit manusia dengan cepat.

Tips Kucing Lain: Kenapa Kucing Suka Gigit

minyak gamat

Letak Minyak Gamat Di Kucing

Namun seorang pembantu doktor haiwan bernama Eman telah berkongsikan pendapatnya di Twitter bahawa minyak gamat tidak sesuai digunakan pada kucing tetapi sebaliknya akan memudaratkan mereka.

letak ubat gamat di kucing

Dengan meletakkan minyak gamat pada luka kucing boleh menyebabkan kulit mereka melepuh, kerana tidak seperti kulit manusia yang berlapis-lapis, kulit kucing sangat nipis seperti kertas.

letak minyak gamat di kucing
letak minyak gamat di kucing

Menurut Ivet-Petcare, berikut adalah faktor lain mengapa minyak gamat tak sesuai pada kucing:

Bulu yang kotor

Maksud kotor di sini bukanlah bermaksud berlumpur berkerak dengan pandangan kasar. Tetapi kotor bermaksud bulu badan kucing terdapat seribu satu kuman (bakteria) daripada persekitaran yang boleh melekat pada luka. Bayangkan luka diselaputi minyak berlekit dan bulu yang berkuman? Minyak boleh memerangkap kotor dan kuman pada kawasan luka.

Luka bergaduh

Lazimnya kucing mengalami luka akibat bergaduh terutamaya kucing jantan yang tidak dimandulkan. Luka bergaduh ini bermaksud luka kena gigit dek abang kawasanlah. Luka gigitan kucing ini berbahaya kerana terdapat kuman Bartonella hensalae yang akan menyebabkan luka bernanah dan koyak selepas beberapa hari dari masa kejadian.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak