Logo KKM & Motto Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Logo KKM & Motto Kementerian Kesihatan Malaysia

Lain: Logo Halal Malaysia & Luar Negara Yang Diiktiraf JAKIM

Logo KKM

logo kkm

Di ata s ini adalah logo rasmi KKM Kementerian Kesihatan Malaysia.

Logo yang memaparkan tangan menyentuh hati ini semestinya menggambarkan tanggungjawab dan peranan KKM buat rakyat Malaysia.

Pada logo ini, turut dapat dilihat dengan jelas adalah motto KKM iaitu “Kami Sedia Membantu”.

Logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan moto “Kami
Sedia Membantu” ini jelas menggambarkan kesediaan dan keikhlasan semua
anggota KKM dalam bekerja sebagai satu pasukan untuk memberi perkhidmatan
secara profesional kepada rakyat.

Logo ini akan diguna pakai dalam semua urusan surat menyurat rasmi, portal
KKM, lnstitusi, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah,
Pergigian, Farmasi dan lain-lain untuk keseragaman dan menampilkan imej
korporat KKM secara keseluruhannya.

  • Latar Belakang Putih – Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.
  • Hati Berwarna Merah – Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Tangan – Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.
  • Sentuhan Di Hati – Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankann tugas.

Maksud Motto KKM

“Kami Sedia Membantu” merupakan motto KKM yang dan merupakan refleksi hala tuju KKM dan motto ini dapat dilihat jelas pada semua logo KKM.

Berikut merupakan maksud motto KKM ini:

  • Kami – Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
  • Sedia – Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
  • Membantu – lkhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Diharapkan info logo kkm di atas dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Logo & Motto KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) (ecentral.my)