Koleksi Makanan Tradisional Melayu Popular Di Malaysia

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan koleksi makanan tradisional malaysia terutamanya makanan tradisional melayu yang popular di negara kita ini. Ada sesetengah makanan yang dihidangkan khas hanya pada musim perayaan atau majlis tertentu sahaja.

Info lain: Senarai Permainan Tradisional Melayu Malaysia Yang Popular

Makanan Tradisional

Berikut adalah senarai makanan tradisional melayu yang popular di Malaysia.

Makanan Tradisional Melayu

Lemang

lemang

Apakah makanan tradisional melayu paling popular? Jawapannya adalah Lemang. Lemang adalah makanan tradisional Melayu yang sangat popular dan paling mendapat sambutan ramai adalah lemang.

Resepi lemang adalah terdiri daripada beras pulut, santan dan garam. Bahan-bahan ini akan dimasak perlahan-lahan di dalam buluh yang di dalamnya sudah dibalut dengan daun pisang.

Ketupat

ketupat

Ketupat sedap dimakan bersama rendang ayam atau daging ketika Hari Raya. Terdapat dua jenis ketupat yang terkenal di Malaysia iaitu ketupat nasi dan ketupat palas.

Apa beza ketupat nasi dan ketupat palas? Ketupat nasi diperbuat daripada daun kelapa dan beras nasi manakala ketupat palas pula daripada daun palas dan beras pulut.

Rendang

rendang

Terdapat beberapa jenis rendang di Malaysia dan tidak terhad kepada rendang ayam dan daging sahaja. Ada rendang kerang, rendang paru, rendang siput, rendang pucuk-pucuk kayu dan sebagainya.

Dodol

dodol

Terdapat pelbagai jenis dodol dan bermacam-macam variasi dan masing-masing mempunyai resepi dan keunikannya yang tersendiri. Dodol cair atau penganan cair adalah salah satu jenis dodol yang hanya boleh didapati di beberapa kawasan di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan.

Dodol bukan hanya disediakan pada musim perayaan sahaja, malah ia juga amat popular sebagai produk jualan dan cenderahati makanan di kawasan tumpuan pelancong.

Kuih Bahulu

kuih bahulu

Kuih Bahulu dikategorikan sebagai salah satu kuih lama atau kuih tradisi, kuih bahulu asalnya bewarna coklat kuning-kekuningan.

Setelah zaman berganti zaman, terdapat pelbagai jenis kuih bahulu yang dimodenkan seperti bahulu pandan, bahulu coklat dan sebagainya.

Wajik

wajik

Apa itu wajik? Wajik adalah sejenis makanan tradisional Melayu yang boleh dikategorikan sebagai manisan.

Terdapat beberapa jenis wajik yang popular di Malaysia seperti wajik sirat dan wajik durian. Resepi wajik yang diperbuat daripada bahan asasnya iaitu pulut, gula dan santan ini sering dijadikan sebagai hidangan pemanis mulut ketika perayaan, majlis dan kenduri-kendara.

Serunding

serunding

Serunding juga adalah hidangan lauk yang menyelerakan jika dimakan bersama ketupat mahupun lemang.

Antara jenis serunding yang menjadi pilihan ramai adalah serunding ayam dan daging.

Laksa

laksa

Terdapat pelbagai jenis laksa yang berbeza-beza mengikut lokasi dan negeri.

Antara versi laksa yang terkenal ialah seperti Laksa Penang, Asam Laksa, Laksa Johor, Laksa Pulas Kuala Kangsar, Laksa Terengganu, Laksa Kuala Perlis, Laksa Kedah, Laksa Sarawak, Laksa Gebok Pahang dan Laksam.

Satay

satay

Apa itu satay? Satay atau sate ialah sajian daging yang telah diperap dengan rempah dan kemudiannya dipanggang di atas api arang sehingga garing.

Satay selalunya dihidang bersama timun, bawang, nasi impit dan kuah kacang. Jenis satay atau jenis sate yang popular adalah seperti sate ayam dan sate daging.

Tapai

tapai

Ramai yang gemarkan tapai terutamanya tapai pulut. Selain itu, terdapat juga tapai ubi kayu. Namun jenis tapai yang lebih popular adalah tapai pulut kerana keenakan dan keunikan rasanya yang tersendiri.

Cara penyediaannya atau resepi tapai tidak sukar dimana ia menggunakan pulut beras atau ubi kayu, sedikit gula dan ragi. Bahan-bahan tersebut akan dicampur bersama dan kemudiannya dibungkus menggunakan daun tapai.

Sumber: Cari Blogger