Senarai Makanan Tradisional Cina Yang Popular

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan senarai makanan tradisional cina yang popular yang seringkali kelihatan sewaktu sambutan perayaan. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka tidak hairanlah kebanyakan restoran turut menyediakan pelbagai hidangan halal.

Info lain: Koleksi Makanan Tradisional Melayu Popular Di Malaysia

Makanan Tradisional Cina

Senarai makanan tradisional masyarakat cina di Malaysia yang popular dan masih diteruskan sehingga hari ini.

Yee Sang

yee sang

Yee Sang ataupun dikenali sebagai Yusheng adalah makanan yang terdiri dari  aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik. Yee Sang biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Chang Shou Mian

chang shou mian

Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat daripada tepung gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara ciri-ciri istimewanya. Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa sambutan hari lahir atau tahun baru.

Dumpling

dumpling

Dumpling ataupun dikenali sebagai Jiaozi mempunyai kulit yang diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.

Kuih Bulan

kuih bulan

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja.

Kuih Bakul

kuih bakul

Kuih ini seakan-akan dodol, namun lebih kenyal berbanding dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama nian gao. Proses membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ia hanya boleh disiapkan dalam tempoh tiga hari.

Char Koay Teow

char koay teow

Char koay tow ini merupakan antara makanan tradisional Cina. Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan.

Bak Chang

bak chang

Bak Chang merupakan makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan daun khas. Ia terdiri daripada beras pulut serta berintikan kacang tanah. Kuih ini sangat terkenal semasa Perayaan Duan Wu.

Ding Bian Hu

ding bian hu

Makanan tradisional Cina yang masih diamalkan oleh generasi lama dan warga emasa pada hari ini adalah ding bian hu. Ia sering dijadikan santapan pagi mahupun lewat malam.

Dim Sum

dim sum

Dim sum bersaiz kecil dan comel sahaja bentuknya. Ia enak dimakan menjelang sarapan pagi, tengahari mahupun minum petang. Malah, boleh dimakan pada bila bila masa juga.

Tang Yuan

tang yuan

Tang Yuan merupakan hidangan pencuci mulu tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Secara tradisinya ia dimakan semasa Yuanxiao atau Festival Tanglung. Namun, ia juga sering menjad pencuci mulut semasa majlis perkahwinan.

Sumber: Saji