Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info makanan tradisional negeri johor & makanan tradisi johor yang perlu anda tahu
Lain: Koleksi Makanan Tradisional Melayu Popular Di Malaysia
Makanan Tradisional Negeri Johor
Berikut adalah info mengenai makanan tradisional johor yang dikongsikan oleh artikel asal di laman sejarah johor: MAKANAN TRADISIONAL JOHOR (nasibujang106.blogspot.com)
Apa itu Makanan Tradisional
Menurut laman perutkekenyangan.blogspot.com, Makanan Tradisional adalah makanan yang biasa didapati oleh masyarakat, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut.
Makanan Tradisional Johor
Laksa Johor
Laksa Johor sering disebut-sebut sebagai makanan tradisi sekaligus menjadi makanan identiti bagi Negeri Johor. Kuahnya pekat berasaskan isi ikan yang dimasak bersama rempah ratus, santan, kerisik dan lain-lain. Ia berbeza dengan laksa Penang kerana dihidang bersama spaghetti, campuran taugeh mentah, bawang mentah, hirisan bunga kantan mentah, daun kesum, daun selasih, timun, lobak masin dan sambal belacan yang menjadikan laksa Johor suatu hidangan yang rumit untuk disediakan
Mee Bandung
Perkataan Bandung dari Mee Bandung itu membawa maksud aneka bahan yang dicampurkan dari pelbagai rencah. Mee Bandung ini berasal dari Muar.
Mee Rebus
Kuah mee rebus Johor dicampur dengan pelbagai ramuan seperti ubi keledek atau kentang, udang, rempah ratus, air rebusan dan lain-lain. Semua ramuan ini dimasak untuk menghasilkan kuah sederhana pekat dan dihidangkan bersama mee, taugeh, telur rebus, daun bawang, bawang goreng, tauhu dan keropok.
Soto
Selain dimasak untuk majlis-majlis tak kiralah untuk majlis ape pun, ia juga sering dimasak untuk dijadikan sebagai sarapan pagi. Soto ini akan jadi lebih sedap kalau dihidangkan bersama-sama dengan bergedil daging.
Nasi Ambeng
Makanan Johor banyak dipengaruhi dengan cara masakan jawa seperti nasi ambeng, lontong dan juga ungkep. Keunikan nasi ambeng adalah dari segi cara ianya dihidangkan. Biasanya ia dihidang di dalam talam untuk dimakan bersama empat orang. Nasi ambeng biasanya di hidang bersama mee goreng, ayam ataupun ikan, sambal goreng, serunding kelapa, sayur goreng campur dan juga ikan kering.
Sumber: sejarah johor: MAKANAN TRADISIONAL JOHOR (nasibujang106.blogspot.com)