Berikutan dengan wabak pandemik COVID-19 yang dialami seluruh penduduk dunia, kini dapat dilihat setiap negara berlumba-lumba untuk menjadi yang terawal dapat menghasilkan vaksin bagi menyembuhkan penyakit disebabkan oleh COVID-19. Negara China tidak terkecuali dalam usaha untuk menghasilkan vaksin COVID-19.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari ini telah mengumumkan bawaha Republik China bersetuju meletakkan Malaysia dalam senarai negara utama untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19. Bekalan vaksin akan diagihkan selepas China berjaya membangunkan dan selesai menjalani ujian klinikal vaksin berkenaan.
Sumber: Twitter @HishammuddinH2O