in

Masih Lagi Tidak Dibenarkan Untuk Rentas Negeri

roadblock pkp

Melalui sidang media hari ini daripada Datuk Ismail Sabri, Menteri Kanan Keselamatan, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan di seluruh negara kecuali mendapat kebenaran polis atas sebab-sebab tertentu.

Rentas daerah dibenarkan bagi seluruh negeri setakat ini kecuali negeri Sarawak dan Sabah berikutan daripada permintaan daripada kerajaan negeri.

Untuk SOP bagi Hari Raya Aidilfitri, Ismail Sabri mengumumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) masih memperalusi bersama MKN dan KKM bagi ketetapan SOP.

Status PKP, PKPB dan PKPP Di Seluruh Negeri Malaysia

Menteri Keselamatan juga mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP) kekal untuk 9 negeri iaitu Pahang, Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan. Manakala Sabah bertukar status daripada PKPP kepada PKPB.

Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah masih dibawah status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua status PKPB dan PKPP ini berkuat kuasa bermula 29 April hingga 17 Mei 2021 kecuali negeri Sarawak.

PKP seluruh jajahan di negeri Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang dilanjutkan sehingga 17 Mei 2021.