in

Melanie Perkins, 34 Tahun Antara Billionaire Termuda Dunia

Melanie Perkins

Melanie Perkins merupakan wanita yang dilahirkan di dilahirkan di Perth, Australia. Beliau merupakan antara pengusaha teknologi bergelar billionaire termuda di dunia dimana pada usia 34 tahun dia telah disenaraikan sebagai wanita kedua terkaya di Austalia.

Walaupun mempunyai kewarganegaraan Australia dan dilahirkan di sana, ayah wanita terkenal ini merupakan jurutera asal Malaysia yang kemudiannya berhijrah ke sana dan berkahwin dengan ibu Melanie yang merupakan seorang guru warga Australia.

Istimewa: 9 Jenama Popular Luar Negara Yang Disangka Berasal Dari Malaysia

Billionaire Termuda Dunia

Aplikasi Canva

Bagaimana Melanie Perkins mula terkenal? Semuanya kerana aplikasi Canva!

Anda mesti sudah kenal benar dengan aplikasi untuk memudahkan kita menghasilkan poster dan juga kerja grafik tanpa memerlukan perisian kompleks. Kalau nak tahu Melanie merupakan antara orang kuat di sebalik idea pembangunan aplikasi yang kini digunakan oleh lebih 55 juta orang seluruh dunia.

Perjalanan dalam bisnes ini bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Memulakan aplikasi ini pada tahun 2013, untuk menembusi dan mendapat kepercayaan dari pelabur bukanlah muda apatah lagi syarikatnya berpangkalan di Australia dan bukannya terletak di lokasi banyak syarikat ‘start-up’ teknologi iaitu Silicon Valley, California.

Melanie tinggal bersama abangnya di San Francisco selama tiga bulan untuk ‘menjual’ aplikasi ini namun ditolak oleh lebih 100 pelabur yang mereka temui. Mengenang kembali perkara ini, dalam temubual bersama inc.com, dia tertanya-tanya, kenapakah ia terlalu susah. Namun kini siapa sangka dia antara pemilik teknologi terkaya dunia.

Setelah berada di puncak kejayaan, Melanie memulakan usaha murni dengan menaja lebih 25’000 organisasi amal tidak berasaskan keuntungan. Semua ini dilakukan melalui pengumpulan dana menerusi aplikasi canva. Dengan usaha ini, kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya lebih bermakna.

Nilai Canva kini mencecah USD 15 bilion, menjadikan penyedia alat kolaborasi reka bentuk ini sebagai salah satu permulaan aplikasi yang paling cepat berkembang di dunia.

Sumber: Remaja