Koleksi Motivasi Diri Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan koleksi motivasi diri seperti motivasi diri untuk berjaya, motivasi diri sendiri, motivasi diri sendiri untuk masa depan, motivasi diri untuk berubah, motivasi diri untuk belajar dan motivasi diri untuk kurus supaya dapat kuatkan semangat anda untuk berjaya dalam apa jua yang anda impikan.

Tips kehidupan lain: Koleksi Kata Kata Semangat Untuk Berjaya

Motivasi Diri

Motivasi Diri Untuk Berjaya

Berikut adalah contoh kata kata motivasi diri untuk berjaya:

  1. Orang yang gagal akan nampak alasan pada setiap peluang, manakala orang yang berjaya akan nampak peluang dalam setiap alasan.
  2. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Tanpa permulaan, anda tidak akan menempuh kejayaan dan keuntungan.
  3. “Man Jada Wajadda”, Siapa berusaha, dia yang dapat.
  4. Anda akan lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara luar biasa, orang lain tidak berjaya kerana tidak melakukan perkara luar biasa.
  5. Untuk menjadikan dunia anda lebih baik, anda sendiri perlulah berubah menjadi lebih baik.
  6. Mulut orang tak boleh tutup tetapi boleh diubah dengan tindakan dan kejayaan kita.
  7. Hiduplah dengan nafas baru yang tak pernah putus asa, seperti bayi kecil yang tak putus asa jatuh bangun.
  8. Apabila kita terasa malas hendak solat, ketahuilah bahawa kita sudah mula untuk hilang segala-galanya.
  9. Api yang menjulang-julang bermula dengan percikan api. Tindakan yang kecil menghasilkan kesan yang besar.
  10. Buruknya mengenai masa adalah ianya akan terus berlalu. Baiknya mengenai masa adalah anda yang menentukan arahnya.
  11. Tanpa kesilapan, anda tidak akan berada pada kejayaan.
  12. Menjadi diri sendiri adalah rahsia kejayaan dan kayinanan dalam pembinaan diri seseorang.
  13. Galilah telaga sebelum kehausan. Sedarilah sesuatu perkara sebelum mendapat kesan.
  14. Hanya beberapa detik sahaja sudah mampu membezakan antara juara lumba lari dan naib juara.
  15. Ketenangan tidak boleh diatasi dengan kemarahan, Ketenangan hanya boleh diatasi dengan kemaafan.
  16. Comfort Zone is your worst enemy. You will not move anymore till you die.
  17. Kadang-kadang, tangan yang membantu anda adalah tangan yang menghalang anda sebelumnya.
  18. Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas dan bersemangat. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menjatuhkan semangat sahaja.
  19. Siapakah musuh dan cabaran utama kamu? Tiada yang lain selain dari diri sendiri.
  20. Jangan fikir ‘kenapa anda’ ia berlaku, tetapi fikirlah ‘disebabkan anda’ ia berlaku.
  21. Jika anda berada di penghujung tali dan tiada tempat bergantung, lompatlah pada tali yang lain yang lebih kukuh.
  22. Anda bukanlah pemula selama-lamanya, anda adalah pejuang selama-lamanya.
  23. Lebih baik gagal diri daripada termakan puji. Gagal diri menaikkan anda di kemudian hari manakala termakan puji menjatuhkan anda di kemudian hari.
  24. Kehidupan dan kejayaan bukanlah sesuatu perlumbaan tetapi ia adalah sesuatu perjalanan.
  25. Belajar sesuatu, buat dahulu. Bukannya belajar semua, tetapi satu pun tak sempat buat.
  26. Banyak teknik dan strategi untuk semua perkara, bukanlah hanya ada 1 pilihan yang tak berkesan sahaja.
  27. Kejayaan yang sebenar adalah apabila anda berjaya jadikan orang lain turut berjaya
  28. Anda tidak akan kenal diri sendiri melalui kejayaan dan kesenangan, tapi anda akan kenal diri sendiri melalui kegagalan dan kesusahan.
  29. Semangat tidak boleh dinaikkan pada masa yang perlu, tetapi semangat hanya boleh dihidupkan masa dan cara yang betul.
  30. Di saat anda hilang semangat, fikirkan semula kenapa anda bermula.
  31. Kerjaya tidak menentukan kejayaan sebenar, hati budi jua lah kejayaan sebenar dalam diri seseorang.
  32. Kurangkan mengeluh apa yang kita belum kecapi, tetapi syukuri dengan apa yang kita telah dapati.
  33. Jika peraturan jalan raya pun mudah dilanggar, apatah lagi peraturan hidup, dunia dan akhirat.
  34. Jika boleh membeli masa, pasti ramai membelinya kerana masa sememangnya tidak cukup jika tidak diurus dengan baik.
  35. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Sekarang akan menentukan masa depan seseorang.
  36. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
  37. Letakkanlah matlamat dan perancangan walau sekecil mana pun rancangan kamu.
  38. Jangan fikir apa yang telah terjadi, tetapi fikirlah apa yang akan terjadi.
  39. Semangat takkan hilang jika jiwa dan hati tidak berpaling
  40. Kerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah anda akan hidup selamanya.

Motivasi Diri Sendiri

Berikut adalah kata kata motivasi diri sendiri:

  1. Kerja adalah sesuatu perbuatan yang mulia di sisi Allah. Lebih mulia lagi dengan cara kerja yang kita lakukan.
  2. Jangan mengeluh untuk melakukan sesuatu, semakin banyak mengeluh, semakin gagal menghampiri.
  3. Berehat bersungguh-sungguh, bekerja bersungguh-sungguh.
  4. Sepenat-penat bekerja, penat lagi menganggur.
  5. Tiada pekerjaan yang paling hina di dunia selagi ia tidak bertentangan Agama. Semua orang mampu bekerja walaupun kerja buruh yang halal.
  6. Orang yang berjaya adalah orang yang bekerja dan bermula dari bawah
  7. Bakat tidak boleh dibeli dengan kerjaya, kerjaya juga tidak boleh membeli bakat.
  8. Jika kamu tidak menyukai sesuatu, ubahlah. Jika tidak bisa mengubahnya, ubah sikapmu.
  9. Satu-satunya cara untuk melakukan pekerjaan yang hebat adalah dengan mencintai apa yang kamu lakukan.
  10. Jangan memilih kerja tetapi pilihlah masa depan. Pilihlah kerja yang membina kemahiran untuk kejayaan masa hadapan.

Sumber: bidadari.my