Bagi anda yang berminat untuk memohon pekerjaan dalam bidang pendidikan, anda perlu mendaftar sebagai pengguna MySPP terlebih dahulu sebelum membuat permohonan jawatan. Dalam artikel ini kami akan kongsikan tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan cara mohon pekerjaan dalam sektor awam bidang pendidikan melalui Portal MySPP.
Daftar Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Apa itu SPP?
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
MySPP Permohonan 2021 Iklan Pengambilan
Mengapa Perlu Daftar MySPP?
SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain. Sebaliknya, SPP akan menyiarkan iklan sepanjang masa di portal kami dan permohonan boleh dibuka terus di https://myspp.spp.gov.my
Oleh itu, perlu kerap menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Setiap pendaftaran perlu diperbaharui/ dikemas kini walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh satu (1) tahun.
Ini membolehkan SPP mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPP. Selain itu ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh satu (1) tahun.
Cara Daftar MySPP
Pendaftaran MyID hanya dilakukan sekali sahaja. Anda boleh mendaftar MyID dengan klik pada pautan di laman utama mySPP melalui langkah berikut:
- Pergi ke laman web https://myspp.spp.gov.my.
- Skrin Daftar Akaun Baharu akan dipaparkan.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama
- penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Nombor telefon dan alamat emel yang dimasukkan mestilah yang masih aktif kerana semua penghantaran notis dan surat panggilan adalah melalui telefon dan e-mel (mestilah sama dengan alamat e-mel semasa pendaftaran di JobsMalaysia, hanya pemohon yang telah berdaftar di JobsMalaysia).
- Sila pastikan anda mengingati soalan keselamatan kerana akan digunakan bagi tujuan reset kata laluan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang Daftar.
- Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.
Maklumat yang perlu sentiasa dikemaskini merangkumi:
- Maklumat Akademik
- PT3/PMR/SRP/LCE
- SPM/MCE/SPM(V)
- Peperiksaan Tambahan
- STPM/STP/HSC
- Pengajian Tinggi
- Profesional
- Sukan dan Persatuan
- Rekacipta / Pencapaian
- Bakat/Kebolehan Bahasa
- Penerima Bantuan/Kurang Upaya (jika berkenaan)
Lupa Kata Laluan MySPP
Jika anda telah berdaftar tetapi lupa kata laluan, anda boleh reset kata laluan dengan cara berikut:
- Klik pada pautan di laman di laman utama mySPP melalui alamat URL https://myspp.spp.gov.my.
- Skrin Lupa Kata Laluan akan dipaparkan.
- Anda boleh memilih untuk reset kata laluan menggunakan pilihan berikut:
- Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran); atau
- Secara automatik pilihan (a) akan dipilih.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
- Selepas semua medan diisi, klik butang Hantar.
- Jika anda ingin mengisi semula maklumat, klik butang Semula.
- Anda boleh log masuk terus ke mySPP sekiranya reset kata laluan berjaya. 2.8. Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk reset kata laluan, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA- SPP.
Cara Permohonan Jawatan mySPP Online
Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP dan
pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatandi
Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang
tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Di sini disertakan langkah-langkah untuk memohon jawatan di dalam portal mySPP:
- Login ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, dan klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
- Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
- Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
- Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
- Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
- Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
- Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
- Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
- Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
- Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih
*Rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Untuk info penuh, sila rujuk Panduan Pengguna mySPP di SINI.
Semakan Status MySPP
- Login ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
- Klik pada bahagian ‘Semakan Permohonan.’
- Status senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan akan dipaparkan.
- Sekiranya paparan ‘Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan,’ ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
- Jika paparan yang dipaparkan “Tidak Melepasi Syarat-Syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan atau Kementerian.
Pertanyaan MySPP
Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan
pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.
Talian Hotline mySPP :
- Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
- Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
- Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : pro@spp.gov.my