Najis Mutawassitah : Maksud, Contoh & Cara Cuci

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Najis Mutawassitah : Maksud, Contoh, Cara Membersihkan & Menyucikan

Lain: Cara Hilangkan Bau Najis Kucing

Apa itu Najis Mutawassitah

Najis mutawassitah adalah najis di dalam kategori najis pertengahan.

Najis sederhana ini tidak perlu dibasuh berulang kali seperti najis berat, tetapi ia juga tidak memadai dibersihkan dengan hanya dipercikkan air ke atasnya seperti najis ringan.

Contoh Najis Mutawassitah

Berikuta dalah jenis najis mutawassitah yang perlu anda tahu

  1. Arak
  2. Darah
  3. Bangkai
  4. Air kencing, tahi dan muntah manusia serta binatang
  5. Anggota badan yang terpotong atau tercerai daripada seekor haiwan yang masih hidup
  6. Susu haiwan yang tidak dimakan dagingnya
  7. Air wadi
  8. Air mazi

Tiga Jenis Bangkai Yang Tidak Dianggap Sebagai Najis

Berikut adalah jenis bangkai yang bukan najis

  1. Mayat Manusia
  2. Belalang
  3. Ikan

Cara Membersihkan Dan Menyucikan Najis Mutawassitah

Berikut adalah kaedah menyucikan najis mutawassitah langkah demi langkah:

1. Menyingkirkan Najis

Baju atau pakaian terkena najis mutawassitah. Najis itu hendaklah dihilangkan daripada badan, baju atau tempat yang terkena najis mutawassitah tersebut.

2. Alirkan Air Ke Kawasan Terkena Najis

Hendaklah mengalirkan air di tempat tersebut hingga hilang sifat-sifatnya (warna, bau dan rasa) dan tidak memadai dengan mengelapnya dengan kain atau kertas.

3. Hilangkan Semua Kesan Najis. Berus Jika Perlu

Hendaklah dibersihkan semua sifat-sifat najis tersebut. Jika masih ada kesan, pakaian itu hendaklah diberus.

4. Jika Najis Itu Terkena Pakaian, Rendam Sebentar

Rendam sebentar pakaian tadi jika kesannya masih ada.

5. Langkah Terakhir, Bilas Sekali Lagi

Akhir sekali, apabila air najis telah hilang, seperti air kencing yang telah kering, tempat tersebut masih perlu dibilas dengan air mutlak yang mengalir.

    Diharapkan info najis mutawassitah di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

    Sumber: NAJIS MUTAWASSITAH: Maksud, Contoh & Cara Menyucikan (akuislam.com)