Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara beli no pin PTPTN, cara beli nombor pin PTPTN, contoh no pin PTPTN. Semakan no pin PTPTN boleh dibuat selepas pembelian no pin PTPTN.
Artikel berkaitan: Cara Semak Baki PTPTN
Cara Beli No Pin PTPTN
Berikut adalah panduan cara beli nombor pin PTPTN untuk memudahkan anda.
Cara Beli Nombor Pin PTPTN
Buat makluman anda semua, permohonan pinjaman PTPTN boleh dilakukan secara online pada laman web rasmi PTPTN.
Apa itu PTPTN
PTPTN adalah sebuah badan kerajaan yang tugasnya adalah untuk membantu dan menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi khas untuk golongan siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.
Kaedah Beli Nombor Pin PTNTN
Berikut adalah kaedah pembelian nombor pin PTPTN yang dibahagikan kepada dua.
Cara Beli No Pin PTPTN Online
- Pertama sekali, anda perlu melayari laman web rasmi PTPTN.
- Setelah anda melayari dan membuka laman web tersebut, terus pergi ke halaman utama dan klik pada butang Pinjaman Pendidikan.
- Kemudian anda perlu klik pada Permohonan Pinjaman Pertama Kali bagi mereka yang tidak pernah mengisi maklumat diri bersama PTPTN lagi.
- Selepas itu, klik butang Pendaftaran Permohonan Pinjaman.
- Pada ruang berikutnya, anda perlu mengisi dan melengkapkan maklumat diri anda seperti nombor kad pengenalan dan kata laluan anda ke dalam ruangan maklumat yang disediakan.
- Apabila anda sudah selesai mengisi, pastikan maklumat anda adalah betul dan klik Daftar.
- Untuk bahagian Pembayaran, anda perlu masukkan nombor kad debit yang akan digunakan untuk proses pembelian Pin PTPTN anda dan klik Bayar.
- Setelah anda menyiapkan pembayaran, anda kini boleh membuat permohonan PTPTN secara online di laman web portal rasmi PTPTN.
Cara Beli No Pin PTPTN Di Kaunter
Kaedah ini khas buat mereka yang tidak berapa gemar untuk melakukan transaksi secara online.
- Anda perlu kunjungi cawangan PTPTN yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda.
- Kemudian anda perlu ke kaunter khidmat pelanggan untuk membeli nombor Pin anda.
- Anda perlu menjelaskan kepada operator bahawa anda ingin membeli nombor Pin PTPTN.
- Setelah itu, anda akan diberi borang dan anda juga perlu mengambil nombor giliran.
- Sambil menunggu giliran anda dipanggil, anda boleh mengisi borang tersebut dengan maklumat yang betul dan sahih.
- Selepas giliran anda dipanggil, anda serahkan borang tersebut dan perlu membuat bayaran caj sebanyak RM5.
- Selesai sudah pembelian nombor Pin anda.
Sumber: Blog Malaysia