Nombor Perdana (Maksud & Contoh)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan mengenai nombor perdana seperti nombor perdana 1 hingga 100 , nombor perdana 1-100 serta nombor perdana tahun 6 & nombor perdana tahun 5. Panduan mengenai nombor perdana maksud turut disediakan.

Panduan lain: Kata Nama Am & Kata Nama Khas (Maksud, Contoh Ayat)

Nombor Perdana

Berikut adalah panduan mengenai nombor perdana untuk semua pelajar.

Nombor Perdana Maksud

Apakah maksud nombor perdana ? Nombor perdana atau prime number adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1.

Oleh itu, nombor perdana mempunyai hanya dua pembahagi (nombor itu sendiri dan nombor 1).

Nombor perdana terkecil ialah nombor 2, satu-satunya nombor genap yang merupakan nombor perdana.

Nombor perdana yang kurang daripada 50 adalah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23, 29, 31, 37, 41, 43 dan 47.

Nombor 1 adalah BUKAN nombor perdana. Sekiranya nombor itu boleh dibahagi dengan nombor lain selain 1 dan nombor sendiri, nombor tersebut bukan nombor perdana.

Nombor Perdana 1 hingga 100

Dalam gambar di bawah ini, dimana ditandai dengan tulisan merah adalah nombor perdana 1-100 atau nombor perdana antara 1 dan 100. Simpan gambar di bawah ini untuk rujukan nombor perdana tahun 6 & nombor perdana tahun 5.

nombor perdana 1 hingga 100

Menentukan samada nombor yang diberi adalah nombor perdana

Contoh:
Tentukan samada setiap nombor berikut adalah nombor perdana.

  • 13
    Jwb:
    13 ÷ 1 = 13
    13 ÷ 13 = 1
    13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13 → (2 pembahagi/divisors)
    Oleh itu, 13 adalah nombor perdana.
  • 51
    Jwb:
    51 ÷ 1 = 51
    51 ÷ 3 = 17
    51 ÷ 17 = 3
    51 ÷ 51 = 51
    51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51 → (4 pembahagi/divisors)
    Oleh itu, 51 bukan nombor perdana.

Sumber: Mathtingkatan1