Novel Tingkatan 4 : Sinopsis Novel Pantai Kasih

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai KOMSAS Tingkatan 4: Sinopsis Novel Pantai Kasih.

Lain: Buku Teks Sains Tingkatan 4

Novel Pantai Kasih

Novel ini menceritakan seorang doktor bedah iaitu Raiha yang berkhidmat di Hospital Pantai Kasih dan dihantui oleh kisah silamnya.

Tema Novel Pantai Kasih

Novel Pantai Kasih ini bertemakan ketabahan seorang wanita yang menghadapi pelbagai dugaan dalam hidup dan cabaran hidupnya dalam melupakan detik hitam yang sering menghantui dirinya.

Sinopsis Pantai Kasih

Novel ini menceritakan Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan dipusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Raiha kian terganggu apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh berlaku.

Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Walau bagaimanapun, oleh kerana semangatnya yang kuat, dia meneruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. 

Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal di sebuah hospital kerajaan, dia pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. 

Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Peristiwa aneh berlaku sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tenang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana. Akhirnya, kejadian antara Raiha dan bekas suaminya diterangkan dan Raiha sedar beliau merupakan mangsa keadaan.

Lain: Diharapkan info novel tingkatan 4 Novel Pantai Kasih ini dapat memberikan anda maklumat baru.

Sumber: KOMSAS Tingkatan 4: Sinopsis Novel Pantai Kasih (ecentral.my)