Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & Lencana atau pangkat TLDM.

Lain: Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM)

Pangkat dalam TLDM

pangkat tentera laut
Kredit: Portal Rasmi TLDM

Laksamana Armada – Pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Buat masa ini ia hanya dipegang oleh Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan yang pernah menjadi Yang Di-Pertuan Agong.

Laksamana – Pangkat tinggi yang terdapat dalam perkhidmatan tentera laut negara-negara tertentu.

Laksamana Madya (Laksdya) – Sebahagian dari susunan pegawai tinggi dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai-pegawai tertinggi TLDM digelar Pegawai Berbendera kerana mereka layak mengibarkan bendera tersendiri ketika memerintah armada atau flotilla.

Laksamana Muda (Laksd) – Pangkat pegawai kanan atau pegawai berbendera dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Laksamana Muda lebih muda dari pangkat Laksamana Madya tetapi lebih kanan dari pangkat Laksamana Pertama dan memakai dua bintang di bahu.

Laksamana Pertama (Laksma) – Pegawai Berbendera yang paling muda di dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Untuk senarai penuh pangkat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berserta lencana / insignia bagi setiap pangkat, sila rujuk gambar di atas.

Persamaan Pangkat Dalam Angkatan Tentera Malaysia

Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan gelaran pangkat yang berbeza antara satu sama lain.

Berikut merupakan perbandingan nama dan persamaan taraf pangkat dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini:

TLDMTDM TUDM
Laksamana Armada-LKADA Field Marshal Marshal of The Airforce 
Laksamana-LKSMN Jeneral Jeneral (U)
Laksamana Madya-LAKSDYA Leftenan Jeneral Leftenan Jeneral (U) 
Laksamana Muda-LAKSDA Major Jeneral Major Jeneral (U) 
Laksamana Pertama-LAKSMABrigadier Jeneral Brigadier Jeneral (U) 
Kepten-KEPT Kolonel Kolonel (U) 
Komander-KDR Leftenan Kolonel Leftenan Kolonel (U) 
Leftenan Komander-LT KDR Major Major (U) 
Leftenan-LT Kapten Kapten (U) 
Leftenan Madya-LT DYA Leftenan Leftenan (U) 
Leftenan Muda-LT MDALeftenan MudaLeftenan Muda (U) 
Kadet Kanan-KDT KN  – 
Kadet-KDT Kadet Kadet 

Diharapkan info pangkat tentera laut di raja malaysia tldm ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) & Lencana (ecentral.my)