Tonton Online Pelindung Seorang Puteri Slot Megadrama Astro

Slot Megadrama Astro kini menayangkan drama terbaru keluaran Astro iaitu Pelindung Seorang Puteri yang membariskan pelakon-pelakon handalan. Kebiasaannya slot Megadrama merupakan drama yang diadaptasi dari novel.

Kali ini Pelindung Seorang Puteri adalah karya daripada Mia Kiff yang diterbitkan pada sekitar tahun 2018 lepas. Drama ini menggantikan drama Chandelier.

Drama ini adalah arahan dari Yusry Abdul Halim yang juga dikenali sebagai Yursy KRU terbitan Suhan Movies & Trading.

Pelindung Seorang Puteri Online

Sinopsis Pelindung Seorang Puteri

pelindung seorang puteri

Saiful (dilakonkan oleh Farid Kamil) menuntut janji ingin berkahwin dengan Rose (dilakonkan oleh Lisa Surihani). Melihatkan kesungguhan lelaki itu, Rose terbuka hati menerimanya sebagai suami.

Selepas berkahwin, ibu mentuanya, Mak Dak Liza (dilakonkan oleh Haleeda Mazlin) masih menunjukkan rasa benci terhadap Rose atas punca yang dia sendiri bingung. Manakala Saiful pula mula bersikap aneh tanpa disangka-sangka. Serentak dengan itu, muncul Hazril (dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad) yang menjadi pelindung buat diri Rose. Mampukah Rose mempertahankan rumah tangga yang dibini atau mimilih untuk berundur?

Pelakon Pelindung Seorang Puteri

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Nadiyah Shahab, Haris Ismail, Jasmine Suraya, Haleeda Mazlin, Juliana Evans, Noreen Iman, Arash Mohd dan ramai lagi.

Waktu Tayangan Pelindung Seorang Puteri

Drama ini telah diterbitkan melalui slot Megadrama di Astro Ria dan Ria HD bermula 28 Julai 2020 setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam sebanyak 16 episod. Anda juga boleh tonton secara online di website Astro Gempak atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

pelindung seorang puteri

Pelindung Seorang Puteri Online

Anda boleh tonton drama Pelindung Seorang Puteri online di pautan bawah ini:

Sumber: hellokerja.com