Kepada golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk mohon eBelia Pemerkasa dan terima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Program eBelia yang bertujuan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.
Bantuan Rakyat lain: Cara Daftar Program Jaringan Prihatin: RM300 Peranti, Data
eBelia Pemerkasa RM150 Kredit eWallet
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eBelia Wallet di bawah Program PEMERKASA.
Apa Itu eBelia Pemerkasa
Melalui Program eBelia sebelum ini, Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, di mana jumlah ini dinaikkan daripada RM50 pada awalnya.
Menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.
Melalui program ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.
Syarat Kelayakan eBelia RM150
Untuk layak cara mohon eBelia, berikut adalah kategori belia yang diperlukan:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)
Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150
Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.
Cara Mohon eBelia Pemerkasa
Cara semak eBelia dan cara penebusan eBelia RM150 dimana penebusan boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 seperti kaedah sebelum ini, dengan menggunakan aplikasi eWallet seperti:
- Touch n Go eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
Maklumat Tambahan eBelia
Berikut adalah kenyataan media terkini tentang cara penebusan dan tarikh tuntutan e-Tunai Belia yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia:
Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Pemerkasa yang lain.
Soalan Lazim eBelia
Apakah itu program eBelia Pemerkasa?
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.
Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?
Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.
Siapa yang layak memohon?
Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021.
Bagaimana untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat adalah BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
Sumber: eCentral