Penanda Wacana : Contoh Perkataan & Ayat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai penanda wacana seperti maksud penanda wacana, contoh perkataan, contoh ayat penanda wacana

Lain: Kata Nama Am & Kata Nama Khas (Maksud, Contoh Ayat)

Penanda Wacana

Berikut adalah info mengenai penanda wacana yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Penanda Wacana: Contoh dan Cara Penggunaan (ecentral.my)

Maksud Penanda Wacana

Dalam bahasa mudahnya, definisi penanda wacana adalah perkataan, ayat atau frasa

Fungsinya adalah membantu pembaca memahami struktur dan maksud tulisan.

Ini memastikan bahawa pembaca dapat mengikuti alur tulisan dengan mudah dan memahami maksud setiap ayat.

Selain itu juga juga berfungsi bagi membantu penulis menyusun idea dan memberikan tumpuan kepada bagian penting dalam tulisan.

Ianya boleh digunakan dalam perenggan yang sama atau perenggan baru supaya ayat menjadi lebih teratur serta mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan seterusnya.

Jenis Penanda Wacana

Terdapat beberapa jenis penanda wacana, seperti yang berikut:

  • Permulaan karangan
  • Kesan
  • Penambahan
  • Perbandingan / Perbezaan
  • Turutan
  • Contoh
  • Masa
  • Memasukkan peribahasa / frasa lain
  • Kesimpulan

Contoh Penanda Wacana

Berikut merupakan beberapa contoh penanda wacana daripada beberapa jenis yang disenaraikan di atas:

Permulaan karangan

  • Sejak akhir-akhir ini,
  • Dewasa ini,
  • Pada masa ini,
  • Kini,
  • Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
  • Sejak sedekad yang lalu,
  • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
  • Kebelakangan ini,
  • Dasawarsa ini,
  • Baru-baru ini
  • Umum mengetahui bahawa
  • Sejak zaman-berzaman

Kesan

  • kerana
  • walaupun
  • mahupun
  • selain itu
  • natijahnya
  • implikasi
  • kesannya
  • akibatnya
  • kesudahannya
  • dengan berbuat demikian

Penambahan

  • dan
  • sebenarnya
  • juga
  • sekali lagi
  • bertitik tolak daripada hal ini
  • tambahan pula
  • lebih-lebih lagi
  • selain itu
  • di samping itu
  • seperkara lagi
  • sementelahan
  • sehubungan dengan itu
  • lanjutan daripada itu

Perbandingan / Perbezaan

  • tetapi
  • dalam nada yang berbeza
  • selain itu
  • walaupun
  • sehubungan dengan
  • sebagaimana
  • sebaliknya
  • jika dibandingkan dengan
  • sama dengan
  • berbeza dengan
  • walau bagaimana sekalipun
  • selari dengan
  • walau bagaimanapun
  • setelah dibandingkan dengan
  • namun demikian

Turutan

  • Antara
  • Selain itu,
  • Di samping itu,
  • Lain daripada itu
  • Seterusnya
  • Begitu juga dengan
  • Akhir sekali

Contoh

  • Misalnya
  • Contohnya
  • Sebagai contoh
  • Tamsilnya
  • Seperti yang kita sedia maklum,
  • Satu contoh
  • Satu cara
  • Antara contoh

Masa

  • akhirnya
  • pada masa yang sama
  • sesekali
  • dewasa ini
  • pada ketika itu
  • sebelum ini
  • selepas itu
  • pada mulanya
  • semenjak itu
  • sementara itu

Memasukkan peribahasa / frasa lain

  • Bak kata peribahasa,…
  • Bak kata peribahasa Melayu,…
  • Bak kata orang tua-tua,…
  • Bak kata mutiara,…
  • Bak Peribahasa,…
  • Bak kata cendekiawan,…
  • Persis kata peribahasa,…

Kesimpulan

  • Kesimpulannya
  • Intihanya
  • Secara tuntas
  • Tuntasnya
  • Konklusinya
  • Sebagai penutup wacana
  • Sebagai penghias bicara
  • Sebelum mengakhiri wacana ini,
  • Secara keseluruhan
  • Akhir kata

Sumber: Penanda Wacana: Contoh dan Cara Penggunaan (ecentral.my)