in

Pencipta Pita Kaset, Lou Ottens, Meninggal Pada Umur 94 Tahun

Anda yang lahir atau hidup pada era 80an dan 90an, sudah pasti mengenali akan pita kast yang digunakan secara meluas pada masa itu. Tahukah anda bahawa teknologi tersebut dibangunkan oleh Lou Ottens pada era 1960an. Lou Ottens merupakan seorang jurutera yang bekerja dengan Philips pada waktu tersebut.

Lou Ottens juga adalah salah seorang yang bertanggungjawab dalam membangunkan teknologi cakera padat audio melalui teknologi Audio Long Play yang menggantikan penggunaan cakera vinil pada sekitar tahun 1970.

Sumber: Amanz