in

Jumlah Kekayaan Pengasas Shopee Sehingga Kini

Forest Li Xiaodong

Sebagaimana yang kita semua tahu, Shopee merupakan salah satu platform edagang atas talian (online) yang menjadi pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia kerana penawaran harga menarik, voucher penghantaran percuma dan bnyak lagi.

Artikel menarik lain: Ini Sebab Kenapa Doktor Larang Letak Minyak Gamat Di Kucing

Pengasas Shopee

Untuk pengetahuan anda, pemilik Shopee adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Sea Ltd. Syarikat ini juga memiliki platform permainan atas talian iaitu Garena.

Pengasas kedua-dua platform popular ini ialah Forest Li Xiaodong. Beliau yang lahir pada tahun 1977 dan berasal daripada wilayah Tianjin, China.

Forest Li Xiaodong

Selepas menamatkan pengajian tinggi daripada Shanghai Jiaotong University dan juga Stanford Graduate School of Business, Forest Li Xiaodong telah berpindah ke Singapura.

Forest Li Xiaodong Net Worth

Menurut data terkini, pengasas Shopee dan Garena ini telah menjadi manusia paling kaya di Singapura dengan nilai kekayaan $19.8 bilion.

Pada hari ini, Sea Ltd antara syarikat teknologi yang bernilai tinggi di rantau Asia Tenggara dengan hasil dua platform atas talian dibawahnya.

Disamping itu juga, mereka mempunyai SeaMoney untuk tujuan kewangan digital dan tidak hairanlah nilai kekayaan Forest Li melonjak tinggi.

Sumber: HarianPost