Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai maksud & tugas pengawas sekolah yang perlu anda tahu.
Lain: Contoh Peraturan Kelas Di Sekolah & Poster
Pengawas Sekolah
Berikut adalah info mengenai pengawas sekolah:
Maksud Pengawas Sekolah
Pengawas merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang, tetapi terdapat juga pelajar yang memikul jawatan ini secara sukarela.
Selain itu, Pengawas juga dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.
Jenis Pengawas Sekolah
Pengawas di sesebuah sekolah lazimnya terdiri daripada:-
- Pengawas Sekolah
- Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan Sekolah
- Pengawas Koperasi
- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Pengawas SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)
Terdapat juga Pengawas Surau dan Pengawas ICT (Briged Bestari) di sesetengah sekolah.
Tugas Pengawas Sekolah
Berikut adalah tugas pengawas sekolah
- Menguatkuasakan undang-undang sekolah dalam kalangan pelajar
- Membantu guru mengawal disiplin pelajar
- Memantau hal ehwal kebajikan pelajar dan sekolah
- Membantu menjayakan program atau aktiviti di luar bilik darjah
- Menjadi contoh terbaik kepada pelajar lain
- Menjadi penghubung antara pelajar dan warga sekolah yang lain
Diharapkan info pengawas sekolah ini dapat memberikan anda maklumat baru.
Sumber: Pengawas sekolah – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas