Tugas Pengawas Sekolah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai maksud & tugas pengawas sekolah yang perlu anda tahu.

Lain: Contoh Peraturan Kelas Di Sekolah & Poster

Pengawas Sekolah

Berikut adalah info mengenai pengawas sekolah:

Maksud Pengawas Sekolah

Pengawas merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang, tetapi terdapat juga pelajar yang memikul jawatan ini secara sukarela.

Selain itu, Pengawas juga dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.

Jenis Pengawas Sekolah

Pengawas di sesebuah sekolah lazimnya terdiri daripada:-

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan Sekolah
  • Pengawas Koperasi
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)

Terdapat juga Pengawas Surau dan Pengawas ICT (Briged Bestari) di sesetengah sekolah.

Tugas Pengawas Sekolah

Berikut adalah tugas pengawas sekolah

  • Menguatkuasakan undang-undang sekolah dalam kalangan pelajar
  • Membantu guru mengawal disiplin pelajar
  • Memantau hal ehwal kebajikan pelajar dan sekolah
  • Membantu menjayakan program atau aktiviti di luar bilik darjah
  • Menjadi contoh terbaik kepada pelajar lain
  • Menjadi penghubung antara pelajar dan warga sekolah yang lain

Diharapkan info pengawas sekolah ini dapat memberikan anda maklumat baru.

Sumber: Pengawas sekolah – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas