Panduan Piramid Makanan Seimbang Malaysia Dari KKM

Dalam artikel kali ini kami akan sediakan panduan terkini 2021 mengenai piramid makanan malaysia yang seimbang dari KKM. Penjelasan mengenai setiap aras piramid disediakan.

Panduan lain: Cara Kira Kalori Makanan Harian Untuk Badan (Kalori Defisit)

Piramid Makanan

Berikut adalah panduan mengenai piramid makanan.

Apa itu Piramid Makanan

Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Piramid Makanan Seimbang

Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.

Kumpulan Piramid Makanan Malaysia

Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.

Kumpulan Piramid Makanan Dan Aras

Dibawah ini adalah piramid makanan Malaysia yang diguna pakai dan rasmi dari KKM:

Piramid Makanan KKM

Aras 1 (Tapak) – Gandum, Bijiran dan Roti

Di kawasan ini, menunjukann kumpulan makanan yang paling penting dan perlu diambil dalam jumlah yang banyak. Selain itu juga, kumpulan makanan ini juga lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan tubuh.

  • Sumber utama karbohidrat dan membekalkan tenaga yang diperlukan setiap hari
  • Jumlah sajian yang dicadangkan ialahsehingga 4-8 sajian sehari

Contoh makanan : Barli, nasi, gandum, roti, ubi

Aras 2 – Buah Buahan dan Sayur Sayuran

  • Sumber terbaik untuk membekalkan serat, vitamin, mineral, mikro dan makronutrisi pada badan
  • Membantu menguatkan sistem pertahanan dan imunisasi tubuh
  • Membantu mencegah pelbagai penyakit kronik yang berbahaya seperti kencing manis dan sakit jantung
  • Jumlah sajian yang dicadangkan ialah 2-3 sajian setiap hari
  • Contoh makanan ialah sawi, bayam, pisang, nenas dan lain-lain
  • Paling terbaik ialah dengan melebihkan sayur-sayuran hijau
  • Pastikan ambil dan makan dari sumber yang organik dan bebas dari sebarang bahan kimia atau racun serangga yang berbahaya

Aras 3 – Produk Tenusu, Daging dan Kekacang

  • Membantu membekalkan kalsium, protein dan magnesium yang sangat bagus untuk tumbesaran dan kekuatan tulang
  • Juga membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Protein sangat diperlukan badan dalam proses membina dan menggerakkan metabolisma badan
  • Makan ikan dengan lebih kerap berbanding daging. Paling baik dimakan setiap hari kerana ikan bukan sahaja membekalkan protein, malah turun menyediakan omega 3 yang sangat baik untuk otak
  • Pengambilan sehari yang disyorkan ialah sekitar 1-2 sajian
  • Pilih daging atau ayam yang kurang lemak kolestrol
  • Minum susu dan produk tenusu paling kurang sehari sekali bagi mengelakkan risiko osteoporosis – tulang rapuh di usia tua

Aras 4 – Lemak, Minyak, Garam dan Gula

  • Aras ini ialah aras yang terletak paling tinggi dan yang paling kecil kawasannya. Ini menunjukkan anda hanya perlu makan dalam jumlah yang sangat sedikit
  • Sekiranya diambil secara berlebihan, kumpulan makanan ini boleh menyebabkan tubuh badan menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung
  • Hadkan pengambilan kumpulan makanan ini kepada beberapa hari sekali sahaja
  • Antara contoh makanan aras ini ialah kek, manisan, keropok, makanan ringan dan minuman ringan

Sumber: Voize