in

PKP 3.0 Fasa Pertama Diteruskan Sehingga Kes Bawah 4000

senarai sop pkpb

Untuk maklumat anda, PKP 3.0 atau PKP 3 tidak tamat pada esok (28 Jun 2021) dan fasa pertama dilanjutkan sehingga nilai kes COVID harian kurang dari 4000 kes. Maklumat ini diumumkan oleh Perdana Menteri, menerusi laporan terkini oleh BERNAMA sebentar tadi.

Menurut Astro Awani, pengumuman rasmi PKP 3.0 yang dilanjutkan ini bakal dibuat melalui Sidang Media Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh Dr Ismail Sabri hari ini.

pkp

Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara, ada yang menjangkakan Fasa Kedua Masih belum dapat dilaksanakan memandangkan kes masih berada di paras 5,000 minggu ini. Walaubagaimanapun, keputusan ini juga bergantung kepada penilaian KKM dan faktor-faktor lain oleh MKN.

pelan pemulihan negara

Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat membolehkan sektor-sektor berfungsi dengan lebih menyeluruh seperti berikut:

Fasa 1 – PKP Menyeluruh, Perkhidmatan Perlu Sahaja (4000 kes ke atas)
Fasa 2 – Perlu Senarai Positif, Sektor Sosial kekal tutup (4000 kes ke bawah)
Fasa 3 – Pendekatan Senarai Negatif, Sektor Sosial dibuka Secara Berperingkat (2000 kes ke bawah)
Fasa 4 – Pembukaan penuh termasuk Sektor Sosial (500 kes ke bawah)

Rujuk laporan asal BERNAMA di halaman bawah: https://www.facebook.com/bernamaofficial/photos/a.10150341276330555/10159649996090555

Sumber: Harian Post