in ,

PKP: Lima Sektor Dibenarkan Beroperasi Dan Dikategorikan Sebagai Sektor Ekonomi Perlu

Berikutan dengan pengumuman pelaksanaan PKP di enam buah negeri mulai 13 Januari 2021, kerajaan telah menetapkan lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu. Lima sektor berkenaan adalah pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Sektor ini dibenarkan beroperasi kerana peranannya dalam menyokong kerja-kerja membekal keperluan asas, memastikan rantaian bekalan tidak terputus, dan menyokong infrastruktur kritikal dan kerja-kerja kecemasan.

Walaubagaimanapun, hanya 30% pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, manakala bagi pekerja dalam kumpulan sokongan, jkumlah pekerja yang diperlukan akan ditentukan majikan masing-masing. Untuk sektor yang tidak disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu, arahan bekerja dari rumah akan berkuat-kuasa.

Sumber: Rnggt