in

PPN Fasa 2: Pasangan PJJ Boleh Rentas Daerah & Negeri

ppn fasa 2 pjj

PPN Fasa 2 PJJ atau Pasangan Jarak Jauh dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bagaimanapun ianya masih perlu mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rentas negeri dan daerah juga dibenarkan bagi individu mempunyai kes kecemasan dan vaksinasi juga dengan kelulusan PDRM.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru dan pelajar sekolah yang mengikuti kelas peperiksaan juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

Untuk sektor perdagangan yang dibenarkan beroperasi adalah kedai buku dan alat tulis, kedai cuci kereta serta kedai gunting rambut. Pasar tani dan pasar pagi juga dibenarkan beroperasi serta jualan hanya terhad kepada enam komoditi utama sahaja.

Lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis hari ini diumumkan beralih ke Fasa 2 PPN berkuat kuasa 5 Julai ini.

Sumber: Harian Post