Punca Berak Berdarah

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai punca berak berdarah, najis berdarah, kenapa berak berdarah, berak darah, berak keluar darah, sebab berak berdarah yang dikongsikan oleh laman Berak Berdarah, Ini 7 Punca Sebenar Mengapa Ia Berlaku – Hello Doktor

Menarik: Kenapa Kucing Berak Berdarah

Kenapa Berak Berdarah

Berikut adalah kemungkinan disebalik kenapa berak berdarah.

Punca Berak Berdarah : Buasir

Buasir adalah keadaan di mana saluran darah pada rektum atau anus membengkak lalu menyebabkan rasa sakit dan gatal.

Buasir ini akan menyebabkan ketidakselesaan ketika membuang air besar. Kesannya, anda mungkin mengalami najis berdarah.

Keracunan Makanan Buat Najis Berdarah

Najis berdarah mungkin juga disebabkan oleh makanan atau minuman yang kita ambil.

Ada makanan atau minuman yang mengandungi organisma penyebab keracunan makanan.

Selain sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, najis berdarah juga merupakan salah satu simptomnya.

Fisur Anus

Keadaan di mana berak keluar darah juga mungkin disebabkan oleh fisur anus, kondisi di mana berlaku kekoyakan pada kawasan sekitar dinding anus.

Sudah pasti ia akan mengakibatkan pendarahan ketika membuang air besar selain turut menyebabkan rasa seperti lubang dubur terkoyak atau terbakar ketika najis melaluinya.

Ulser Peptik Punca Berak Keluar Darah

Tahukah anda bahawa ulser boleh berlaku pada dinding perut atau usus sehingga menyebabkan pendarahan.

Pendarahan ini mungkin kita dapat lihat ketika membuang air besar. Najis kelihatan seakan bercampur dengan darah akibat ulser ini.

Penyakit Crohn

Ia adalah sejenis penyakit pada usus di mana lapisan dinding sistem pencernaan, bermula dari mulut hingga anus akan mengalami keradangan.

Namun, ia paling biasa berlaku pada usus besar. Akibat penyakit ini, penderita akan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah yang agak teruk.

Sumber: Berak Berdarah, Ini 7 Punca Sebenar Mengapa Ia Berlaku – Hello Doktor