Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat qada solat & panduan ganti solat fardhu
Lain: Panduan Cara Solat Jenazah
Apa itu Qada Solat
Qada bermaksud menunaikan dan membayar. Manakala, Qada solat bermaksud menggantikan solat fardu yang telah ditinggalkan atau terlepas.
Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja mahupun dengan keuzuran, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut.
Bila Boleh Qada Solat
Bagi waktu qada solat, anda boleh qada solat fardhu yang ditinggalkan pada bila-bila masa sahaja – walaupun pada waktu yang diharamkan solat.
Panduan Ganti Solat Fardhu – Qada Solat
Berikut adalah cara qada solat dan panduan ganti solat fardhu
Niat Qada Solat
1. Solat Subuh:
Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
2. Solat Zuhur:
Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
3. Solat Asar:
Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
4. Solat Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
5. Solat Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala
Bacaan & Tata Cara Qada Solat
Bacaan dalam qada solat dan tatacara menunaikannya adalah sama seperti solat fardu biasa.
Cara Qada Solat Jika Terlupa Bilangan Solat Yang Ditinggalkan
Sekiranya anda terlupa atau tidak pasti berapakan bilangan solat ditinggalkan yang perlu di ganti, anda boleh qada solat mengikut anggaran berdasarkan ingatan anda sebaik mungkin.
Anda boleh lakukan qada’ sebanyak mana yang dirasa cukup untuk meyakinkan diri sendiri bahawa kewajipan menggantikan solat yang ditinggalkan telah dipenuhi.
Diharapkan info qada solat di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Niat Qada Solat – Panduan Ganti Solat Fardhu (ecentral.my)