Panduan Permohonan Rayuan BPR Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat mengenai rayuan BPR secara online. Untuk makluman rayuan BPR secara online boleh dilakukan dan sangat digalakkan. Urusan di kaunter dibuka bagi sesiapa yang tidak dapat membuat permohonan rayuan secara online.

Bantuan lain: Cara Mohon Bantuan Kanak Kanak JKM RM150 Sehingga RM1000

Rayuan BPR 2021 Online

Sila rujuk langkah-langkah rayuan bpr 2021 online di bawah:

  1. Log masuk ke portal BPR dengan memasukkan no MyKad dan kata laluan
  2. Klik butang Permohonan Rayuan.
  3. Maklumat pemohon akan dipaparkan berdasarkan maklumat yang lepas. Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut.
  4. Muat naik dokumen sokongan berdasarkan keperluan. Sila rujuk Kod Tidak Lulus BPR untuk mengetahui dokumen yang perlu dikemukakan.
    Rujuk: Rayuan BPR Fasa 2: Kod Tidak Lulus & Senarai Dokumen Sokongan
  5. Klik butang Teruskan.
  6. Isikan kod Captcha dan pengesahan Captcha.
  7. Baca notis dan tandakan tick pada kotak kecil sebelum tekan butang Hantar.
  8. Setelah berjaya, notifikasi Permohonan Rayuan telah berjaya disimpan akan dipaparkan pada skrin.
  9. Klik butang Cetak untuk rujukan atau klik butang Keluar setelah selesai permohonan rayuan.

Panduan Permohonan Rayuan BPR Online (Fasa2)

Rujuk panduan Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 melalui langkah bergambar di bawah:

rayuan bpr online
rayuan bpr online
rayuan bpr online
rayuan bpr online

Dokumen Sokongan Rayuan BPR Yang Perlu Dimuat Naik Secara Online

Bagi anda yang tidak lulus BPR tempoh hari, sila rujuk KOD TIDAK LULUS dan sediakan dokumen sokongan yang bersesuaian seperti yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr
dokumen sokongan bpr

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR Fasa 2, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

NOTA: Sila buat permohonan janji temu online LHDN BPR sebelum ke kaunter. e-Janji Temu atau janji temu secara dalam talian diwujudkan bagi membolehkan orang awam untuk membuat permohonan janji temu bagi mendapatkan perkhidmatan BPR di Kaunter LHDNM berdasarkan tarikh dan masa yang dipilih.

Sumber: Harian Post