Rebus Telur Berapa Minit

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tips rebus telur berapa minit serta Cara rebus telur separuh masak & sempurna Yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/rebus-telur-berapa-minit/

Berkaitan: Kesan Pengambilan Telur Yang Banyak Dalam Diet Makanan

Cara Rebus Telur Sempurna

Cara untuk rebus telur sempurna adalah seperti berikut:

  • Letakkan telur di dalam periuk dan masukkan air hingga berketinggian kira-kira 1 inci. Seterusnya, nyalakan api dan tunggu air mendidih.
  • Tutup api apabila air mula mendidih. Kemudian tutup periuk dan biarkan telur masak selama 10 hingga 12 minit.
  • Sekiranya anda sukakan kuning telur yang agar lembut berkrim, 10 minit pun sudah mencukupi
  • Kemudian, pindahkan telur ke dalam bekas ais selama 14 minit.
  • Kupas telur perlahan-lahan untuk dapat hasil telur rebus yang sangat cantik.
  • Telur rebus sedia untuk dinikmati. 

Rebus Telur Berapa Minit Untuk Dapat Kuning Telur Cair

Untuk cara rebus telur cair:

  • Untuk dapatkan telur rebus dengan kuning telur cair, caranya adalah seperti berikut :
  • Isikan air ke dalam periuk dengan paras 1 inci. Kemudian panaskannya sehingga mendidih dan perlahankan.
  • Seterusnya letakkan telur dalam periuk dan setkan masa selama 7 minit.
  • Sediakan satu mangkuk berisi air berais. Ketika timer berbunyi, keluarkan telur daripada air panas dan masukkannya ke dalam bekas berisi air berais untuk hentikan proses memasak.
  • Telur rebus dengan kuning telur cair sedia untuk dikupas dan dinikmati.

Teknik Rebus Telur Separuh Masak Ala Kopitiam  

Telur separuh masak ala kopitiam memang ada penggemarnya tersendiri. Cukup enak untuk dinikmati dengan roti bakar, kicap dan sedikit lada sulah untuk sarapan pagi.

Perlu rebus telur berapa minit untuk dapatkan hasil macam dekat kedai kopi? Begini caranya :

  • Masukkan 3 cawan air (720 ml) ke dalam periuk dan didihkannya di atas api.
  • Setelah menggelegak, tutup api dan masukkan 2 biji telur pada suhu bilik.
  • Setkan masa selama 7 minit. Anda juga boleh gunakan telefon bimbit atauĀ timerĀ untuk tetapkan masa.
  • Seterusnya, keluarkan telur dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: https://ecentral.my/rebus-telur-berapa-minit/