Salam Maulidur Rasul : Contoh Ucapan dan Pantun

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Salam Maulidur Rasul: Koleksi Ucapan dan Pantun

Lain: Teks Selawat Maulidur Rasul

Ucapan Salam Maulidur Rasul

Berikut adalah contoh ucapan Maulidur Rasul yang boleh anda gunakan:

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Ucapan Salam Maulidur Rasul buat semua yang beragama Islam di Malaysia.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinan, meningkatkan kecintaan, mencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.”

“Ucapan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua. Salam Maulidur Rasul.”

“Salam Maulidur Rasul, tanggal 12 Rabiul Awal lahirnya seorang pahlawan sejati Islam Baginda Nabi Muhammad SAW seiring tarikh penting bagi seluruh umat Islam dimana ia dapat menghasilkan keinsafan, kecintaan dan kasih kepada Baginda SAW.”

“Salam Maulidur Rasul diucapkan buat semua umat Islam.
Bersempena dengan bulan Maulid penuh barakah ini, jangan lupa untuk memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulai Nabi Muhammad SAW. Semoga kita memperoleh syafaat agung Badinga di akhirat kelak.”

Pantun Maulidur Rasul

Berikut adalah contoh pantun maulidur rasul yang boleh anda kongsikan:

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Pokok keladi di tepi paya,
Bunga teratai kembang bertaut;
Apa guna kita berjaya,
Jika nabi tidak diikut.

Pokok senduduk di tanah seberang,
Berselang rapat si pokok jati;
Baginda hebat di medan perang,
Sehingga musuh sangat hormati.

Ikan Bawal masak kari,
Makan malam bersama keluarga,
Berselawat kita setiap hari,
Dapat syafaat mudahlah ke syurga.

Bulan Islam ada dua belas,
Bulan Rabiulawal bulan ketiga,
Dalam berjuang mestilah ikhlas,
Terbuka luas pintu syurga.

Hiasan meja si kain renda,
Sulaman tangan ibu saudara;
Contohi sifat akhlak Baginda,
Agar hidup kita sejahtera.

Cantik kuntuman bunga dahlia,
Pohon melatih di tepi perigi,
Rasullulah junjungan yang mulia,
Halus pekerti indah peribadi.

Poster Maulidur Rasul

Anda juga boleh kongsikan Salam Maulidur Rasul menggunakan gambar imej berikut:

salam maulidur rasul

Diharapkan info salam maulidur rasul di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Salam Maulidur Rasul: Koleksi Ucapan dan Pantun (ecentral.my)