Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai cara mohon semak semula keputusan spm online

Lain: Gred SPM Terkini : Skema Markah Sekolah Menengah

Lain:

Tempoh Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Permohonan semakan semula keputusan dibuka dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.

Diharapkan info semak semula keputusan spm di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Cara Memohon Semakan Semula Keputusan SPM

Menurut Kementerian Pendidikan, keputusan anda boleh disemak semula sekiranya perlu.

Pelajar dan ibubapa boleh mengikut langkah yang dikongsikan di bawah untuk ketahui cara mohon semakan semula keputusan spm

semak semula keputusan spm

CARA PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan boleh membuat Permohonan Penyemakan Semula Keputusan melalui langkah berikut:

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Caj RM100.00 dikenakan bagi setiap mata pelajaran
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI

Calon yang mendapat keputusan ‘T’ boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes ‘T’.

  1. Layari Portal e-Lembaga Peperiksaan di pautan https://elp.moe.gov.my/
  2. Tempoh permohonan dibuka 30 hari bermula tarikh pengumuman keputusan
  3. Tiada caj dikenakan.
  4. Sila isikan borang permohonan secara online.

Dengan syarat calon hadir Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian bertutur / Ujian Mendengar / Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

Keputusan Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Keputusan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi
    sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan
    lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,
    markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
      sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan
      setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
      Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p.: Unit Menengah Atas)
  5. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
    bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  7. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

Sumber: Permohonan Semak Semula Keputusan SPM Secara Online (ecentral.my)