in ,

Semua Panggung Wayang Ditutup Bermula 10 Mei 2021

panggung wayang ditutup

Terkini, semua panggung wayang terpaksa ditutup sementara atau henti operasi bermula hari ini, 10 Mei berikutan aktiviti ini termasuk di dalam senarai ‘Negative List’ bagi SOP di seluruh kawasan PKP, PKPB, PKPP.

Ini bermakna tiada panggung wayang yang boleh anda pergi dalam tempoh dari 10 Mei 2021 sehingga 6 Jun 2021 bagi kawasan PKPB dan PKPP. Untuk kawasan PKP adalah sehingga tamat tempoh.

Semua Panggung Wayang Ditutup

Maklumat mengenai penutupan panggung wayang ini juga dikongsikan dalam laman Facebook GSCinemas sendiri. Pihak GSC meminta maaf kepada semua peminat filem atas perkara ini yang tidak dapat dielakkan.

Anda boleh lihat SOP terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk maklumat lanjut.