Senarai SOP PKPB Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri Terlibat Bermula 9 Nov

Sebentar tadi dalam sidang media oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan berkuatkuasa selama 4 minggu bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020.

Pelaksanaan PKPB di negeri-negeri di Semenanjung ini juga akan meliputi WP Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November 2020.

Bagi negeri Kelantan, Pahang dan Perlis, yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri juga adalah tidak dibenarkan. Pergerakan rentas daerah di dalam ketiga-tiga negeri ini dibenarkan seperti biasa.

Bagi negeri Sarawak, pergerakan rentas negeri dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran daripada PDRM. Pergerakan rentas daerah dalam negeri Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching.

Senarai SOP PKPB Yang Perlu Dipatuhi Di Negeri-Negeri Terlibat

sidang media menteri kanan pertahanan

Berikut merupakan senarai SOP PKPB yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan dalam sidang media pada 7 November 2020.

1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada PDRM. Muat Turun Borang Permit Pergerakan PKPB Untuk Merentas Negeri

2. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

3. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

4. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.

5. Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan Azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

6. Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.

7. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

8. Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.

9. Restoran/kedai makan secara dine-in dihadkan 2-4 orang satu meja dengan SOP premis makanan yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pembelian makanan digalakkan secara take away/delivery/drive thru.

10. Pasar Harian dibuka jam 6:00 pagi – 2:00 petang, Pasar Borong 4:00 pagi – 2:00 petang, Pasar Tani 6:00 pagi – 12:00 tengah hari.

11. Operasi Pasar Malam adalah bermula 4:00 petang sehingga 10:00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan dengan pengawasan anggota RELA.

12. Operasi Stesen Minyak bermula daripada 6:00 pagi hingga 10:00 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).

13. Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dibenarkan beroperasi dari jam 6:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.

14. Kenderaan bawa pekerja boleh bawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.

15. Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

16. Waktu operasi klinik, hospital Kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8:00 pagi sehingga 11:00 malam.

Maklumat lanjut SOP boleh dirujuk dalam infografik dibawah ini atau di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

senarai sop pkpb
senarai sop pkpb
senarai sop pkpb
senarai sop pkpb
senarai sop pkpb
senarai sop pkpb
senarai sop pkpb

Sumber: Twitter (@Twt_TgMalim)