Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan kisah seram dialami olehnya dimana pada pukul 1.30 pagi, rumahnya didatangi oleh seseorang dengan ucapan salam dari luar. Pada mulanya wanita tersebut tidak melayan salam tersebut, tetapi lama kemudiannya dia pun menjawab salam tersebut dan ingin melihat apa yang berlaku.
Apabila diperhatikan, salam tersebut diberikan oleh seorang remaja perempuan yang berumur dalam lingkungan 12 ke 13 tahun.
“Siap goncang pagar lagi.. Dalam hujan lebat.. Bercakap pun terpaksa jerit2… Minta tolong sikit katanya. Nak minta duit belanja.. Adik nak sekolah.Kami tanya.. Datang dengan siapa..? Dia jawab dengan mak.. Mak ada tapi tunggu dalam kereta.. Ni datang nak minta tolong.. Nak duit sikit untuk adik nak sekolah.?”
Apabila wanita dan suaminya mendengar rintihan remaja tersebut, suami wanita ini hampir-hampir hendak tolong dengan membuka pintu pagar dan berikan duit kepadanya. Namun begitu, hati wanita berasa tidak sedap dan menghalang tindakan suaminya.
“Abang, Cuba fikir.. Kalau ya pun susah tak kan datang jam 1.30 pagi.. Dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi.. Kalau dia susah tak kan bole naik kereta.. Dia cakap datang dengan mak dia.. Habis kenapa mak dia x turun sekali.? Kenapa mak dia tunggu dalam kereta je.? Dan kenapa kereta dia tak parking betul2 depan rumah kita.?”
Walaupun suaminya kesian terhadap remaja tersebut, atas langkah keselamatan, wanita ini tetap halang suaminya daripada membuka pintu pagar dan memberikan duit kepada remaja tersebut.
“Saya suruh budak tu tunggu dalam kereta dan akan hubungi polis untuk bagi bantuan pada dia.. Dia tetap cakap nak duit untuk adik nak sekolah..Last.. Saya cakap. Kalau tak pergi juga saya akan CALL POLIS. pelik pagi bute datang rumah orang minta bantuan..”
Selepas itu, wanita tersebut menyuruh remaja itu tunggu dalam kereta sebab dia hendak hubungi polis. Kemudian remaja itu terus berlalu pergi.
“Call 999, polis cakap kami ambik tindakan yang betul.. Tak keluar rumah dan tunggu pihak polis datang untuk buat rondaan..”
Walaupun tertanya-tanya sama ada ini adalah sekadar taktik jenayah terbaru melibatkan remaja atau remaja tersebut benar-benar terdesak, penting untuk kita berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Sumber: Facebook