Contoh Sijil Penyertaan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Contoh & Templat Sijil Penyertaan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Contoh Sijil Penyertaan & Template (ecentral.my)

Lain: Template Contoh Minit Mesyuarat Terkini

Sijil Penyertaan

Sijil ini diberikan kepada peserta untuk memudahkan mereka merekod aktiviti yang pernah disertai.

Perbezaan sijil penyertaan dari sudut pelajar sekolah:

  1. Bagi pelajar sekolah rendah, sijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan ke sekolah asrama
  2. Bagi pelajar sekolah menengah, sijil-sijil ini sesijil-sijil ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan melanjutkan pelajaran ke universiti
  3. Bagi pelajar universiti, sijil-sijil ini ini sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan merit untuk permohonan kerja terutamanya bagi baru menamatkan pengajian

Beza Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan

Secara umumnya, Sijil Penyertaan diberikan kepada smua peserta program.

Sijil Penghargaan pula biasanya diberikan kepada golongan-golongan berikut:

  1. Ahli Jawatankuasa program
  2. Penganjur bersama / stakeholder
  3. Perasmi program
  4. Penasihat program
  5. Sukarelawan

Rekabentuk Sijil Penyertaan

Kebiasaannya, Sijil Penyertaan dihasilkan dalam saiz kertas A4.

Anda bebas untuk menentukan sama ada hendak menghasilkan Sijil ini secara menegak atau melintang.

Daripada segi rekabentuk, ianya bebas sama ada mahu menggunakan rekabentuk sendiri atau membeli sahaja kertas di kedai-kedai buku yang sudah mempunyai corak Sijil.

Sekeping Sijil Penyertaan yang baik biasanya mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Logo penganjur utama
  • Logo-logo penganjur bersama
  • Logo Penaja
  • Jenis sijil – Sijil Penyertaan / Penghargaan
  • Nama
  • Nama penerima
  • No kad pengenalan penerima
  • Peranan / sumbangan / sebab menerima sijil
  • Nama program
  • Tarikh program
  • Lokasi program
  • Tanda tangan pengesah sijil

Contoh Sijil Penyertaan

Berikut merupakan beberapa contoh Sijil Penyertaan yang boleh anda jadikan contoh:

template sijil penyertaan
templat sijil penyertaan
template sijil penyertaan melintang
contoh sijil penyertaan
rekabentuk sijil
download sijil penyertaan

Cara Buat Sijil Menggunakan Google Slides

Di bawah ni cara-cara untuk buat template sendiri menggunakan GOOGLE SLIDES.

  1. Save kan template sijil dalam bentuk PNG
  2. Pergi dekat Drive.
  3. Tekan Google Slides.
  4. Kemudian upload templat sijil yang kita buat.
  5. Boleh create isi-isi sijil, contohnya nak masuk tandatangan, cop dan sebagainya.
  6. Buka Google Form, pergi ke Add on certify > Enable certify > Turn ON
  7. Kemudian di Template tekan Use A Custom Template.
  8. Bolehlah buat soalan macam biasa.
sijil penyertaan

NOTA: Untuk panduan bergambar boleh rujuk posting oleh Fatihah Manaf di pautan berikut https://www.facebook.com/100002442791345/posts/2828278133930252/?d=n&refid=56

Sumber: Contoh Sijil Penyertaan & Template (ecentral.my)