SISM40: Cara Daftar Skim Internet Selangor M40

Bermula 1 Julai 2021, Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40) yang dilaksanakan dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan 8 pakej menerusi Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Pelanggan pakej berpeluang menikmati subsidi daripada Kerajaan Negeri sekitar RM10 hingga RM30 sebulan selama setahun.

SISM40 ini dibuka kepada rakyat Selangor bermula Julai 2021. Dalam artikel ini kami akan kongsikan apa itu SISM40, syarat kelayakan SISM40, pakej yang ditawarkan SISM40, dan cara daftar SISM40 Skim Internet Selangor.

Skim Internet Selangor SISM40

Apa itu SISM40?

SISM40 memberi peluang kepada golongan M40 menikmati internet bekelajuan tinggi dengan harga minimum. Inisiatif yang pertama kali dilaksanakan bersama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia akan memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat negeri Selangor.

Melalui inisiatif ini terdapat 8 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas. Melalui langganan pakej-pakej tersebut, setiap isi rumah akan berpeluang menikmati subsidi di antara RM 10 – RM 30 sebulan dalam tempoh setahun.

Antara ciri dan kelebihan Skim Internet Selangor M40 ini adalah seperti berikut:

  • Nikmati internet berkelajuan tinggi dari 30 mbps – 300 mbps
  • Nikmati internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan unifi Home Fibre atau unifi Mobile
  • Terbuka kepada golongan M40
  • Harga yang lebih murah di pasaran
  • Rebat daripada Kerajaan Negeri Selangor selama 12 bulan
  • Spesifikasi Internet rumah dan telefon mudah alih yang optimum
skim internet selangor sism40

Syarat Kelayakan SISM40

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun ke atas.
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Lingkungan gaji isi rumah antara RM4,800 dan RM11,000
  4. Satu isi rumah hanya layak untuk melanggan sekali sahaja.
  5. Permohonan hanya untuk individu sahaja, bukan untuk premis perniagaan.
  6. Pengguna Unifi Home sedia ada tidak layak memohon KECUALI yang masih menggunakan Unifi Lite atau Streamyx.

Pakej Yang Ditawarkan SISM40

Senarai harga Skim Internet Selangor adalah seperti berikut:

Pakej Asas SISM40 HOME 300, SISM40 HOME 100

Berikut adalah harga SISM40 Home:

sism40 home

Pakej Bujang SISM40 SINGLE 300, SISM40 SINGLE 100, SISM40 SINGLE 30

Berikut adalah harga SISM40 Single:

sism40 single

Pakej Keluarga SISM40 Family 300, SISM40 Family 100, SISM40 Family 30

Berikut adalah harga SISM40 Family:

sism40 family

Cara Daftar SISM40

Cara pendaftaran SISM40 boleh dibuat secara atas talian. Hanya 5 langkah berikut, mudah dan efisyen.

  1. Daftar atas talian melalui laman web https://sism40.com.my/.
  2. Pilih pakej.
  3. Semakan kelayakan.
  4. Status permohonan.
  5. Pemasangan.

Pertanyaan SISM40

Untuk maklumat berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran, orang ramai boleh melayari https://www.sism40.com.my/ atau menghubungi talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang) kecuali pada cuti umum.

Sumber: Harian Post