Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Niat Solat Jumaat & Cara (Panduan Lengkap Rumi)
Lain: Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat
Apa itu Solat Jumaat
Solat jumaat ditunaikan pada hari Jumaat menggantikan sembahyang fardu Zohor.
Solat Jumaat wajib bagi lelaki muslim yang baligh tetapi tidak wajib ke atas perempuan.
Sembahyang Jumaat juga tidak wajib sekiranya dalam keadaan musafir.
Ianya dikerjakan di masjid dan wajib dikerjakan secara berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal secara tetap di kawasan itu.
Sembahyang jumaat mestilah didahului dengan dua khutbah dan diikuti dengan solat dua rakaat.
Hukum Solat Jumaat
Solat Jumaat diwajibkan ke atas semua golongan yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat.
Ia adalah kewajipan; fardu ain yang mesti dilakukan sendiri oleh setiap individu tersebut.
Diharapkan info solat jumaat di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Lafaz Niat Solat Jumaat
Lafaz niat Solat Fardu Jumaat untuk makmum ialah:
Niat Solat Jumaat Rumi : Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala
Maksud Niat Solat Jumaat : Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala
Cara Mengerjakan Solat Jumaat
Ringkasan Cara Melakukan Solat Fardu Jumaat
- Permulaan Solat: Selepas pembacaan dua khutbah dan iqamat, mulakan solat dengan niat dan takbiratul ihram. Niat solat fardu Jumaat adalah “Usolli Fardol Jum’ati Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala” atau “Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”.
- Baca Doa Iftitah: Setelah takbiratul ihram, disunatkan membaca doa Iftitah, walaupun ditinggalkan tidak membatalkan solat
- Baca Surah al-Fatihah: Setelah imam membaca al-Fatihah, jemaah mengikut dengan membaca al-Fatihah sendiri secara perlahan
- Rukuk dan Sujud: Ikut gerakan imam mulai dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua
- Rakaat Kedua: Mulakan rakaat kedua dengan takbir intiqalat, kemudian ulangi bacaan al-Fatihah selepas imam
- Rukuk dan Sujud Rakaat Kedua: Lakukan rukuk dan sujud mengikut imam
- Tahiyyat Akhir dan Salam: Setelah selesai rakaat kedua, lakukan tahiyyat akhir dan akhiri solat dengan memberi salam selepas imam.
Syarat Wajib Solat Jumaat
Berikut adalah beberapa syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk mengerjakan sembahyang Jumaat:
- Islam
- Baligh
- Merdeka
- Berakal
- Lelaki
- Untuk perempuan hukumnya harus
Syarat Sah Solat Jumaat
Berikut adalah syarat sah solat fardu Jumaat:
- Ditunaikan di satu tempat atau bangunan di dalam kawasan kediaman tetap, pekan atau kampung walaupun tidak di dalam masjid
- Ditunaikan pada waktu Zuhur pada hari Jumaat.
- Ditunaikan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah termasuk imam dan mereka adalah penduduk yang bermastautin di kawasan itu.
- Tidak ada kumpulan lain yang mendahului atau melakukan sembahyang jumaat di dalam kawasan yang sama.
Perkara Sunat Pada Hari Jumaat
Perkara-perkara yang disunatkan pada hari Jumaat khusus untuk mereka yang hendak menunaikan solat Jumaat.
- Mandi sebelum pergi ke masjid, sebaik-baiknya ketika hendak berangkat ke masjid.
- Memakai pakaian yang bersih, elok dan kemas, seeloknya berwarna putih.
- Memakai bau-bauan.
- Memendekkan kuku, merapikan misal, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari dan bersugi.
- Bersegera ke masjid dengan tujuan mendapatkan saf hadapan.
- Perbanyakkan zikir, istigfar, doa dan terutama sekali selawat. Rasulullah SAW menyatakan, pada hari jumaat ada satu waktu mustajab yang diperkenankan doa orang yang berdoa pada waktu itu.
- Memberi perhatian pada khutbah yang disampaikan oleh khatib. Makruh menggunakan telefon bimbit atau benda-benda lain termasuk tasbih ketika khatib sedang berkhutbah.
Sumber: NIAT & CARA SOLAT JUMAAT (Panduan Lengkap Rumi) • AKU ISLAM