SPUR PUNB Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah perkenalkan satu Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) bagi membantu individu bumiputera yang kehilangan kerja disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Penangguhan pembayaran selama enam bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana akan diberikan kepada penerima inisiatif ini yang berjaya.

Pembiayaan SPUR juga boleh digunakan sebagai modal kerja dan pembelian peralatan serta mesin bagi perniagaan penerima inisiatif.

Bantuan Lain: Cara Daftar Program Jaringan Prihatin: RM300 Peranti, Data

Apa itu SPUR PUNB?

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) merupakan sebuah inisiatif baharu PUNB yang menawarkan pembiayaan antara RM50,000 hingga RM100,000 khusus untuk membantu individu/entiti Bumiputera yang terjejas atau kehilangan pekerjaan dari pandemik COVID-19.

Objektif SPUR PUNB

Objektif Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 (SPUR) dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) adalah:

  • Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Butiran Pembiayaan SPUR PUNB

  • Jumlah Pembiayaan: RM50,000 – RM100,000
  • Tempoh Pembiayaan: Sehingga 5.5 tahun (termasuk 6 bulan moratorium)
  • Kadar Keuntungan: 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan

Keistimewaan SPUR PUNB

Ini adalah beberapa keistimewaan SPUR PUNB:

  1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
    Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
  2. Sewaan Hartanah PUNB 
    Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan yang kompetitif. 
  3. Ibra’ Pembiayaan 
    Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)

Tarikh Memohon SPUR PUNB

Tarikh permohonan SPUR PUNB di buka selama tempoh 1 bulan secara atas talian di portal rasmi PUNB mulai 7 Mei 2021.

Cara Memohon SPUR PUNB

Cara permohonan SPUR PUNB adalah seperti berikut:

  1. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan di pautan www.punbbiz.com.my
  2. Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
  3. Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.
  4. Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.
  5. PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
  6. Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini adalah seperti berikut:

Perniagaan Yang Telah Beroperasi:

  1. Surat/bukti pemberhentian kerja
  2. Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan)
  3. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  4. Gambar berukuran pasport (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  5. Penyata akaun bank bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini (penyata akaun bank individu/akaun gaji ketika membuat permohonan)
  6. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  7. Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan.
  8. Lesen perniagaan dari majlis/lesen khas/perjanjian sewa premis perniagaan dan lesen lain yang berkaitan.
  9. Pendaftaran syarikat:

i. Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP)

ii. Sendirian Berhad – Borang 9,24,44,49,32A,M&A atau seksyen 17,78,46(3),58 (Sdn Bhd), 105, perlembagaan atau yang setara

Baru memulakan perniagaan dengan konsep/idea yang menarik.

  1. Salinan kad pengenalan (pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham)
  2. Surat / bukti pemberhentian kerja
  3. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini
  4. Penyata akaun individu / akaun gaji bagi tempoh 3 bulan dari tarikh terkini

Video syarikat dan perniagaan : (Sila muat naik pautan)

Spesifikasi video adalah seperti berikut:

  1. Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  2. Sumber pautan dari YouTube
  3. Durasi maksimum video selama 3 minit
  4. Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
  5. Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
  6. Keistimewaan produk atau perkhidmatan
  7. Video haruslah kreatif dan menarik

Semakan SPUR PUNB

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya dalam jangka masa 20 hari waktu bekerja selepas pembentangan racangan perniagaan dinilai oleh juri penilai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi PUNB, www.punb.com.my atau hubungi talian 1300 13 7862 atau e-mel kepada customerservice@punb.com.my.

Sumber: ecentral.my