Cara Daftar Kelahiran JPN & Buat Surat Beranak Online

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara JPN daftar kelahiran anak & buat surat Beranak Online Termasuk Yang Sudah Hilang semasa dan selepas bagi tahun 2022.

Artikel menarik: Senarai Fakta Anak Kedua Yang Menarik Perlu Anda Tahu

Cara JPN Daftar Kelahiran Online 2022

Cara jpn daftar kelahiran anak untuk buat surat beranak 2022 boleh dibuat secara online atau walk in walaupun semasa waktu pkp

PERKARALINK PAUTAN
Sila daftar kelahiran anak online di jpn menggunakan link pautan inihttps://osdftrlhr.jpn.gov.my daftar lahir jpn

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Daftar Kelahiran Anak

Senarai dokumen yang diperlukan untuk daftar kelahiran

  1. Sila isi dengan lengkap dengan butiran terkini borang asli daftar kelahiran JPN.LM01
  2. Borang Asal Pengesahan Kelahiran dari hospital yang menguruskan anak anda dilahirkan
  3. Sediakan salinan asal laporan polis yang dibuat melibatkan kelahiran anak anda
  4. Siapkan satu salinan dan bawa juga yang asal buku rawatan mengandung / kad pranatal / kad rawatan semasa ibu mengandung
  5. Jika tiada kad atau buku tersebut, siapkan surat perakuan AM80

Cara Ganti Surat Beranak Hilang

1) WALK IN

Jika anda dalam keadaan emergency, perlukan segera ada cara boleh dapatkan dengan lebih mudah dan cepat.

Macam situasi kami, perlukan segera untuk tujuan proses housing loan / pinjaman perumahan contohnya kami hubungi pejabat JPN yang terdekat untuk ganti surat beranak yang telah hilang,

Unit korporat khidmat pelanggan JPN cawangan terdekat anda akan proses dan akan minta anda datang dalam tempoh 24 – 48 jam untuk ambil gantian yang baru. Selesai proses gantian untuk anda.

2) Semakan No Surat Beranak Online di oslhr.jpn.gov.my

Untuk semakan sijil daftar kelahiran bagi mendapatkan nombor surat beranak secara online boleh dilakukan di portal jpn, https://oslhr.jpn.gov.my

Jika anda belum daftar lagi sistem online jpn untuk cabutan / salinan sijil kelahiran atas talian ini, boleh berbuat demikian dengan klik butang ‘DAFTAR PENGGUNA BARU’

Masukkan butiran penting seperti gambar di atas ini termasuk:

  1. Status kewarganegaraan
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nama Penuh
  4. Nombor telefon anda

Jika sudah isi maklumat selengkapnya, akan hantar email notfikasi terus ke kotak email anda untuk tujuan verifikasi. Sila klik dalam emel tersebut.

Jika sudah berjaya verifikasi, anda sudah boleh log masuk menggunakan password & no kad pengenalan anda pada sistem semakan online https://oslhr.jpn.gov.my melalui mydigital ID

Masukkan no kad pengenalan / nombor mykad anda, nama, tujuan urusan rasmi, ganti surat beranak rosak, gantian yang sudah hilang atau lain-lain lagi dan juga letakkan nombor telefon anda.

Jika permohonan anda telah berjaya secara atas talian anda akan mendapat mesej seperti ini.

Anda boleh ambil surat beranak hilang tersebut di mana-mana JPN samada di Sabah Kuala Lumpur KL Selangor Putrajaya Sarawak Labuan Perlis Terengganu Kelantan Pahang Johor Melaka Negeri Sembilan Kedah Pulau Pinang Perak dalam msa 3 bulan dari tarikh anda buat permohonan online.

Di Mana No Sijil Lahir Pada Surat Beranak

Yang tertanya-tanya di mana no sijil lahir pada surat beranak malaysia, anda boleh semak di lokasi atas kanan surat beranak anda.

Sumber: https://mypt3.com/surat-beranak