Tanda Sakit Buah Pinggang Yang Perlu Anda Tahu

Buah pinggang adalah antara organ yang penting dan perlu untuk anda jaga sehingga akhir hayat. Walaupun badan kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang yang lengkap, penting untuk anda ketahui fungsi buah pinggang dan tanda sakit buah pinggang bagi mengelakkan sakit yang kronik, sakit pada buah pinggang kiri dan kanan, buah pinggang rosak dan tanda sakit buah pinggang tahap tertentu.

Info Buah Pinggang

Fungsi Buah Pinggang

Dua fungsi buah pinggang penting iaitu: menyingkirkan sisa bahaya yang toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya.

Buah Pinggang Rosak

Berikut adalah beza rupa diantara buah pinggang sihat dan buah pinggang rosak.

buah pinggang rosak

Tanda Sakit Buah Pinggang

Berikut adalah tanda sakit buah pinggang kronik yang perlu anda tahu.

Kerap Rasa Lemah Dan Letih

lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.

Masalah Tidur

masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.

Kulit Kering Dan Gatal

kulit kering dan gatal

Antara fungsi-fungsi penting buah pinggang adalah menyahkan buangan dan air berlebihan dalam badan, membantu menghasilkan sel darah merah, membantu mengekalkan kekuatan tulang dan mengekalkan mineral dalam darah. Namun, jika kulit anda menjadi kering dan gatal, ia mungkin disebabkan oleh buah pinggang anda yang tidak melakukan kerjan mengimbangi mineral dan nutrien dalam darah dengan baik.

Selalu Rasa Nak Buang Air Kecil

selalu rasa nak buang air kecil

Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.

Ada Darah Ketika Kencing

ada darah ketika kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.

Kencing Berbuih

kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.

Bengkak Pada Mata

bengkak pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.

Bengkak Buku Lali Atau Kaki Bengkak

kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.

Kejang Otot

kejang otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang. 

Kurang Selera Makan

kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan.

Sumber: Iluminasi