in

Tangan Kanak-Kanak 9 Tahun Ini Tersepit Di Treadmill

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun berdepan detik cemas apabila tangannya tersepit dalam mesin treadmill di kediamannya (Batu Lekir 14, Sitiawan, Perak).

Harian Metro melaporkan dalam kejadian yang berlaku pada tengah tari tadi, mangsa hanya mengalami luka kecil dan melecet di tangannya.

Susulan kejadian tersebut, enam anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi untuk membantu kanak-kanak perempuan tersebut.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Khairul Azizi Kamarudin; ketika kejadian mangsa dikatakan sedang bermain bersama adik-beradiknya sebelum sebuah bola termasuk di bawah mesin tersebut.

Mangsa kemudiannya cuba untuk mengambil bola tersebut dan pada masa sama, salah seorang daripada adik beradiknya tidak sengaja tertekan suis mesin tersebut menyebabkan ianya bergerak dan tangan mangsa terus tersepit.

Anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas. Meskipun luka kecil dan melecet, pihak bomba menasihati keluarga mangsa untuk membawa kanak-kanak tersebut ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Sumber: Lobak Merah