Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Maksud taqabbal allahu minna wa minkum serta contoh ayat
Lain: Ucapan Hari Raya Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maksud Taqaballahu minna wa minkum
‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ adalah merupakan satu ucapan yang sering digunakan semasa hari raya. Ia bermaksud: “Semoga Allah menerima amalanku dan amalanmu”.
- “Taqabbal” berasal daripada akar kata “qabila”, yang berarti menerima atau menerima dengan baik.
- “Allahu minna” ertinya “Allah menerima dari kami”.
- “Wa minkum” artinya “dan dari kamu”
Keseluruhannya, maksud dari ucapan tersebut adalah harapan agar Allah menerima ibadah kita dan ibadah orang yang kita ucapkan ucapan tersebut kepada mereka.
Cara Jawab Taqabbalallahu minna wa minkum
1. Apabila anda menerima ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’, anda boleh menjawab dengan jawapan yang sama.
Contohnya:
A: Selamat Hari Raya, Taqabbalallahu minna wa minkum.
B: Ya, Selamat Hari Raya juga. Taqabbalallahu minna wa minkum.
2. Anda juga boleh menjawabnya dengan ucapan; Jazakallahu Khairan yang bermaksud “Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada Anda”.
Contoh Ucapan Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Ramadan kita diterima oleh Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan untuk kita!
2. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima semua ibadah kita. Amin.
3. Semoga Allah memberkati dan mengampuni kita semua di hari yang mulia ini. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Selamat Hari Raya!
4. Ya Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan, Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Tinggi kedudukannya. Dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan keberkatan bulan Syawal.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ. Mohon maaf zahir batin.
5. Terima kasih atas doa dan ucapan selamat, Taqabbal Allahu minna wa minkum. Semoga Allah juga menerima amalan baik anda.
6. Selamat Hari Raya, Minal ‘aidin wal faizin. وَكُلُّ عَامْ وَأَنْتُمْ بِخَيْر, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
7. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
8. Semoga Allah menerima amal kita semua dan semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang kembali suci dan bahagia. Salam Aidilfitri.
9. Semoga kita tetap istiqamah dengan Al-Quran, zikir, tasbih dan doa dalam bulan-bulan Syawal dan bulan-bulan yang mendatang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
10. Sempena Hari Raya ini, kami sekeluarga dengan rendah hatinya memohon maaf zahir dan batin. Semoga kasih sayang di antara anggota keluarga kita semakin erat.
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ.
Sumber: Taqabbalallahu minna wa minkum (تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ): Maksud, Contoh
