Tarikh Penting Produk Skincare Perlu Diperiksa Sebelum Beli

Tahu tak anda ada 3 jenis tarikh penting anda perlu periksa pada produk skincare waktu beli dan sebelum guna.

  1. MFG = manufacturing date
  2. EXP = expired date
  3. PAO = period after opening

Apa jadi bila guna product lebih tarikh di atas?

  1. Produk tak berkesan.
  2. Boleh irritate kulit.

Manufacturing Date

  • Tarikh bila product dibuat. Biasanya ada dekat kotak atau bawah botol.
  • Singkatan MFG.

Contoh : MFG Coalbery Cleanser dan Travel Size Skintella Serum.

Expiry Date

  • Tarikh tamat tempoh/tarikh luput product belum buka atau dah buka.
  • Kalau produk expired lagi 2 bulan tapi baru buka, seeloknya lepas 2 bulan dah boleh stop guna.
  • Kalau tak ada tulis, selalunya expired 2.5 tahun atau 3 tahun lepas MFG.

Product After Opening (PAO)

  • Berapa lama boleh guna produk lepas buka.
  • Simbol bentuk jar terbuka selalunya dalam tempoh 6M/12M/24M bergantung pada ingredient.

Sebabtu tak boleh suka2 buka skincare dekat guardian/watson biarpun ambik bau aja sebab ada PAO.

Cara Nak Simpan Skincare Supaya Tahan Lama

  • Elakkan letak dekat tempat direct kena matahari.
  • Sempat dekat tempat kering.
  • Lap dan sanitize botol skincare.
  • Elak guna tangan kalau jenis jar.
  • Buka bila dah yakin akan guna.
  • Tutup rapat penutup skincare lepas guna.

Packaging Jenis Jar

Untuk packaging jenis jar elakkan celup pakai jari. Kalau nak celup pun pastikan dah cuci tangan dulu. Boleh beli spatula dekat shopee untuk scoop moisturizer.

Skincare Organizer

Boleh juga beli skincare organizer untuk simpan skincare. Contoh yang ada di Shopee:

Sumber: engKuSkin