Tempat Menarik Di Perak 2024 Terkini

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai tempat menarik perak, tempat menarik di ipoh perak (ipoh attraction) yang perlu anda tahu.

Tempat menarik lain: Tempat Menarik Di Penang 2022 Terkini

Tempat Menarik Di Perak

Berikut adalah senarai tempat menarik ipoh yang boleh anda lawati yang diambil dari laman Mypt3.

Tempat Menarik Ipoh

Gua Tempurung

Lokasi gua tempurung ini terletak 18km sahaja dari bandaraya ipoh dan satu-satunya tempat menarik bergua yang paling hampir boleh anda lawati.

Kawasan dalam gua ini sangat besar dan luas dan kemudahan pengunjung turut disediakan untuk memudahkan anda menerokai gua batu kapur yang berusia ribuan tahun seperti platform jalan kaki dan lampu-lampu.

Perkhidmatan tour guide juga boleh gunakan di sini untuk membawa anda menerokai gua hingga ke kawasan yang paling dalam sekiranya anda mahu merasai lebih adventure.

Pakej tour guide di sini terdiri daripada kawasan kering dan basah, dan anda boleh mengambil grand tour guide jika anda betul-betul mahu menguji tahap stamina anda.

Anda perlu mencuba kerana pengalaman menerokai gua sebegini memang sangat menyeronokkan, lebih-lebih lagi gua ini mudah untuk dilawati berbanding gua lain yang terletak di pedalaman dan memerlukan anda untuk menaiki bot serta meredah hutan.

Anda boleh ke Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak sekiranya anda ingin menerokai gua yang mudah untuk diakses dengan kenderaan tanpa perlu meredah banyak cabaran di tengah jalan.

Disebabkan setiap lawatan mengambil masa yang agak lama sehinggakan berjam-jam lamanya, jadi kami sarankan anda datang awal atau pada waktu pagi. Setiap lawatan hanya terhad kepada 3/4 orang sahaja.

  • Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak
  • Waktu Operasi Gua Tempurung: 9pagi-6petang

Tempat Menarik Di Ipoh Perak : Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)

Anda sangat disarankan untuk ke Pasar Karat yang terletak di Jalan Horley, Ipoh jika anda menginginkan tempat membeli belah di Ipoh yang best dan unik walaupun sebenarnya terdapat banyak pilihan shopping mall di Ipoh yang besar dan grand di sini.

Pasar Karat yang dibuka dan beroperasi setiap pagi ini mempunyai banyak nama seperti Pasar Barang Antik, Memory Lane, Loken, Pasar Lok Kin dan Lokin, semua nama tersebut merujuk kepada tempat yang sama.

Pasar ini memang sangat besar dan barangan antik atau vintage memang sangat banyak boleh didapati di sini. Anda mungkin memerlukan berjam-jam lamanya jika anda berjalan-jalan atau pusing di semua kawasan penjual di Pasar Karat ini.

Konsep barangan di sini memang sangat rare, jadi anda boleh singgah melawat ke Pasar Karat Ipoh setiap pagi jika anda mencari kelainan pada barangan seperti kasut, pakaian, hiasan rumah, duit lama, setem lama, barangan elektrik dan sebagainya. Hujung minggu di sini ternyata lebih meriah dengan kunjungan orang luar dan dalam Ipoh.

  • Alamat: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
  • Waktu Operasi Pasar Karat Ipoh: 6.30pagi-1petang
  • Harga Tiket: Masuk Percuma

Tasik Cermin Gunung Rapat

Tasik Cermin di Gunung Rapat adalah sebuah tasik terpencil dan bukit-bukit batu kapur mengelilinginya secara menyeluruh. Untuk ke tasik ini, terowong berjalan kaki sejauh 30-40m perlulah dilalui oleh para pengunjung. Anda pasti akan rasa seperti berada di dunia lain dengan keindahan tasik dan pokok-pokok menghijau mengelilingi sekitarnya dan berdindingkan bukit batu kapur sebaik sahaja anda menyeberangi pintu gua ini.

Pengunjung boleh melihat keindahan tasik cermin ini dengan kemudahan platform yang tidak terlalu besar yang disediakan di sini.

Permukaan airnya memang sangat tenang tidak bergelora memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin. Sebab itulah ia dinamakan Tasik Cermin kerana anda seolah-olah melihat sebuah cermin yang besar dengan pantulan bukit batu kapur di atas permukaan air.

Disebabkan di sini banyak lori kuari, jadi jalan menuju ke sini agak berdebu dan ianya bukan satu tempat menarik di Ipoh yang dikomersialkan secara meluas. Hati-hati untuk ke sini kerana Tasik Cermin ini berdekatan dengan kawasan kuari.

  • Alamat: berdekatan dengan Da Seng Ngan Temple
  • Waktu Operasi: sebaiknya waktu siang, namun waktu tidak ditetapkan
  • Harga Tiket: Masuk percuma

Sumber: Mypt3