in

Tips Jimat Aircond & Tips Jimat Elektrik Dari TNB Semasa PKP

tips jimat aircond

Tenaga Nasional Berhad (TNB) baru-baru ini ada berkongsi beberapa tips jimat aircond dan tips jimat elektrik di rumah sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula baru-baru ini.

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam kenyataan berkata, ketika tempoh berkenaan, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

Bacaan Lain: Ini Senarai Aplikasi Paling Banyak Makan Bateri Telefon Anda

Tips Jimat Aircond & Tips Jimat Elektrik

Langkah Penjimatan Elektrik Di Rumah Semasa PKP

Pelanggan TNB dinasihatkan supaya mengamalkan beberapa langkah seperti:

  • Menutup komputer selepas digunakan
  • Berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh
  • Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa.
  • Tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga
  • Mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan
  • Gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan
  • Ketika cuaca panas terik, tindakan menutup tingkap dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan mengurangkan kurang beban pada penyaman udara (aircond) untuk menyejukkan bilik. Maka semakin rendah penggunaan elektrik.
  • Memantau penggunaan elektrik harian melalui aplikasi MyTNB. Meter Pintar berupaya memantau penggunaan elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan tenaga kepada pengguna.
tips jimat elektrik

Tips Jimat Elektrik Aircond Oleh TNB

TNB menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Enam (6) tips jimat penggunaan elektrik aircond :

  • Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius.
  • Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin.
  • Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.
  • Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.
  • Beli unit penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana peralatan itu lebih cekap berfungsi. (Tinjauan kami mendapati ramai mengesyorkan jenis inverter)
  • Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.
tips jimat aircond
tips jimat elektrik aircond

Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/

Bagi pertanyaan mengenai bil, orang ramai boleh menghubungi TNB CareLine dengan menelefon 1300-88-5454, atau meneusi Facebook TNB CareLine dan [email protected]_Nasional.

Sumber: Harian Post