in

Buat Ujian Antibodi Jika Syak Terima Suntikan Vaksin Kosong

ujian antibodi vaksin

Penerima vaksin diminta untuk segera lakukan ujian antibodi peneutralan COVID-19 sekiranya mengesyaki menerima suntikan kosong supaya siasatan lanjut dapat dijalankan. Ujian tersebut boleh dilakukan di makmal perubatan berlesen selepas 30 hari menerima suntikan dos kedua.

Sekiranya anda mendapat tawaran palsu atau terjumpa penipuan penjualan vaksin di pasaran secara dalam talian yang tidak mengikut Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, anda diminta untuk segera membuat aduan.

Tips Vaksin lain: KKM: Elakkan Buat Aktiviti Ini Selama 7 Hari Selepas Menerima Vaksin COVID-19

Ujian Antibodi Peneutralan

Harga Ujian Antibodi Peneutralan

Untuk pengetahuan anda, ujian peneutralan ini juga boleh dilakukan di beberapa klinik swasta dengan kos sekitar RM100.

harga ujian antibodi peneutralan

Tatacara Vaksin Terkini

JKJAV turut memaklumkan bahawa penerima suntikan vaksin mengambil langkah proaktif untuk:

  1. Memastikan jarum suntikan diisi vaksin dengan kuantiti yang tepat mengikut jenis vaksin
  2. Memandang ke arah lengan yang disuntik untuk memastikan kesemua kuantiti vaksin disuntik.
  3. Rakaman video atau gambar adalah dibenarkan.
  4. Pastikan jarum suntikan kosong sebelum mengimbas kod untuk melengkapkan vaksinasi.
Tatacara Vaksin

Sumber: Harian Post