Contoh Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Contoh Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ atau Ujian KPP JPJ yang boleh anda fahami.

Lain: Harga Lesen Memandu 2023 Untuk Lesen Kereta & Lesen Motor

Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ

Berikut adalah info mengenai Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ yang dikongsikan oleh laman Contoh Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ (Ujian KPP JPJ) (ecentral.my)

Apa itu Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ

Untuk mendapatkan lesen memandu, salah satu syarat yang ditetapkan adalah untuk lulus Ujian Komputer Lesen MemanduUjian Komputer Lesen Memandu merupakan ujian yang mengandungi Ujian Warna, Ujian Huruf Nombor, dan Ujian Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang perlu dijawab di dalam komputer.

Elemen ujian

Ujian KPP JPJ

Dalam ujian Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ atau KPP ini, anda akan ditanya soalan berdasarkan seperti undang-undang jalan raya, sistem Kejara, papan tanda dan sebagainya.

Berikut merupakan antara bahagian penting dalam Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ ini:

  • Ujian buta warna
  • Ujian Huruf, Nombor & Warna
  • Ujian Teori KPP Bahagian A, B Dan C

… dan lain-lain lagi yang terdapat dalam Kurikulum Pendidikan Pemandu yang diajar dalam kelas mendapatkan lesen.

Soalan-soalan yang ditanya juga adalah straightforward dan sekiranya anda menumpukan tumpuan dalam kelas, memperolehi markah yang tinggi bukanlah satu perkara yang sukar.

Contoh Soalan KPP dan Jawapan

Bagi memudahkan calon melepasi ujian Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ (KPP JPJ) ini, anda boleh mencuba beberapa contoh soalan di bawah untuk mengulangkaji semula apa yang telah anda belajar dalam kelas.

Kebiasaannya soalan-soalan yang dimuatkan dalam Ujian KPP ini tidak banyak beza dengan contoh-contoh soalan ini dan biasanya diulang-ulang sahaja.

Contoh Soalan: Ujian Buta Warna

Untuk bahagian ini, calon perlu menjawab 8 soalan dan hanya diberi masa selama 15 minit.

Berikut merupakan beberapa contoh soalan untuk Ujian Buta Warna beserta jawapannya.

Ujian KPP JPJ

Contoh Soalan: Ujian Huruf, Nombor & Warna

Bahagian ini merangkumi soalan yang memerlukan calon untuk mengecam nombor plat kenderaan dan mengecam warna yang diberikan.

Ujian KPP JPJ

Contoh Soalan: Ujian Teori KPP Bahagian A

Ujian Ujian Teori KPP mengandungi 50 buah soalan yang merangkumi:

  • Bahagian A sebanyak 15 soalan
  • Bahagian B sebanyak 25 soalan
  • Bahagian C sebanyak 10 soalan

Untuk lulus ujian KPP, calon hendaklah menjawab 42 soalan atau lebih dengan betul.

Tujuan Bahagian A ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang tanda simbol / papan tanda jalan raya.

Ujian KPP JPJ

Contoh Soalan: Ujian Teori KPP Bahagian B

Ujian KPP JPJ

Contoh Soalan: Ujian Teori KPP Bahagian C

Soalan-soalan di bahagian ini pula menguji kefahaman calon tentang undang-undang, jalanraya, serta soalan kejara.

Ujian KPP JPJ

Penggunaan portal ‘My Test’

Seiring dengan kemajuan teknologi, JPJ juga telah membangunkan portal MyTest bagi membolehkan calon yanng bakal menduduki ujian Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ (KPP JPJ) membuat latihan terlebih dahulu bagi membolehkan peratusan mereka untuk lulus lebih tinggi.

Secara ringkasnya, ‘My Test’ adalah alat bantuan pembelajaran Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) bagi ujian berkomputer.

Calon boleh membeli kupon ‘My Test’ boleh dibeli pada harga RM10 menerusi talian 019-696 9763, ia mempunyai tiga jenis iaitu untuk kereta sahaja, untuk motosikal sahaja dan untuk kereta dan motosikal.

Calon boleh membuat latihan dengan cuba menjawab 500 soalan ujian memandu yang disediakan termasuk melalui telefon bimbit.

Calon boleh cuba menduduki ujian ‘My Test’ sehingga 10 kali sebelum menduduki ujian sebenar selain mereka boleh mengetahui masa sebenar ujian diambil dan melihat semula jawapan yang salah.

Portal My Test boleh dilayari melalui pautan https://www.jpjlink.com/exam/#/

Sumber: Contoh Ujian Komputer Lesen Memandu JPJ (Ujian KPP JPJ) (ecentral.my)