Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Urutan Wali Nikah dalam Islam yang perlu diketahui oleh pengantin perempuan.
Lain: Doa Majlis Perkahwinan
Apakah Urutan Wali Nikah
Apabila seorang perempuan hendak bernikah dan bapanya sudah meninggal dunia maka berpindahlah hak menjadi wali kepada wali-wali yang lain mengikut tertib.
Tersebut pada kitab Ghayah At-Taqrib :
Dan yang mempunya hak menjadi wali itu ialah bapa kemudian datuk iaitu bapa kepada bapa kemudian kemudian adik beradik lelaki sebapa seibu kemudian adik beradik lelaki sebapa kemudian anak sedara lelaki sebelah adik beradik lelaki sebapa seibu kemudian anak sedara lelaki sebelah bapa sebapa kemudian bapa sedara iaitu adik beradik bapa kemudian anak sedara sebelah bapa sedara sebelah bapa kemudian anak kepada bapa sedara sebelah bapa inilah tertibnya.”
Urutan Wali Nikah
Berikut adalah urutan wali nikah:
- Bapa kandung
- Datuk sebelah bapa
- Adik beradik lelaki seibu sebapa
- Adik beradik lelaki sebapa
- Anak sedara lelaki sebelah bapa seibu sebapa
- Anak sedara lelaki sebelah bapa sebapa
- Bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa
- Bapa sedara sebelah bapa sebapa
- Sepupu yaitu anak lelaki bagi bapa sedara sebelah bapa seibu sebapa
- Sepupu yaitu anak lelaki bagi bapa sedara sebelah bapa sebapa
Diharapkan info mengenai urutan wali nikah di atas ini dapat memberikan anda ilmu baru yang berguna.
Sumber: Urutan Wali Nikah Dalam Islam • AKU ISLAM