in ,

[VIDEO] Wanita Ini Guna Rider Untuk Hantar Makanan Dari Kedai Seberang Jalan. Ini Sebabnya

Sejak terjadinya lockdown di seluruh dunia yang turut dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita, ramai telah menggunakan perkhidmatan rider untuk menghantar makanan untuk elakkan kesesakan di kedai makan tambahan pula kadang kala ada tempoh yang tidak dibenarkan untuk makan di dalam kedai.

Namun begitu, ada satu kisah lucu di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Laurene P melalui akaun TikToknya dimana dia berasa lapar dan meminta rider untuk menghantar makanan kepadanya.

Apa yang lucunya di sini, kedai makanan yang dipesannya itu terletak cuma diseberang jalan. Disebabkan oleh curfew yang ditetapkan di Perancis membuatkan dirinya terpaksa berbuat sedemikian. Lihat video oleh beliau di bawah ini.

@itslaurenep_

I had to order food from across the street because of the 7pm curfew and this is what happened #curfew #ubereats #food #fooddelivery #deliveryguy

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Walaubagaimanapun, Laurene dikritik dan disifatkan oleh netizen bahawa wanita itu malas kerana kedai hanya terletak diseberang jalan dan beliau boleh sahaja ambil sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan rider.

Selain itu ada yang mempersoalkan alasan Laurene yang mengatakan bahawa dia sedang berada dalam tempoh perintah kawalan. Hal ini kerana mereka melihat masih ada orang yang bergerak di kawasan tersebut dan tidak kelihatan seperti curfew.

Namun Laurene kekal tenang dan membalas segala pertanyaan di ruangan komen. Beliau memberitahu lagi bahawa dia tidak mahu ambil risiko sebab kedai makan tersebut boleh ditutup jika dia ditangkap berbuat sedemikian.

Sumber: Lobak Merah